Friday 20 December 2013

Kerana Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamulaikum w.b.t readers. (kalau ada)

Hmm. Post jiwang. Mungkin.

Makin nak habis sem, makin ramai aku tengok dipanah asmara gelora jiwa. ALLAH. Risau. Risau aku tengok. Risau kat diri sendiri jugak takut terjebak sama. Banyak kali aku istighfar.

Bila mana kerana cinta, semua jadi buta.

Hatta yang berkopiah, yang berniqab sekalipun mampu terjebak.

Risau. Risau tersangat risau.

Ya ALLAH. Mohon aku dijauhkan dari segala perkara-perkara yang mampu buat aku hanyut.

Aku bukan nak kata aku ni suci sangat hatinya tak pernah buat maksiat, tak pernah suka seseorang, bukan lah macam tu. Cuma, aku harap, kalau ada sekalipun perasaan ini, moga ALLAH permudahkannya, bawa aku ke jalan yang diredai-Nya.

Aku sedih bila aku tengok ada yang berubah 360 darjah lepas dia kenal 'cinta'.
Aku sedih bila aku tengok ada yang seolah-olah lupa ALLAH tu Maha Melihat bila dia kenal 'cinta.'
Aku sedih bila aku tengok ada yang macam tak kisah soal hukum hakam bila dia kenal 'cinta'.

Ya ALLAH.

Yang budak-budak pun. Makin menjadi.
Yang dewasa apatah lagi.

Ya, kita tahu ALLAH tu ada. tapi kenapa kita macam tak kisah ALLAH tu ada?

Bila keluar berdua lelaki dan perempuan malam-malam, balik lewat. Pukul 1 2 pagi baru balik. Rasa seronok, rasa bahagia, rasa heaven ja sebab bersama dia yang tersayang yang tercinta. Dialah segala-galanya. Dialah cinta hati. Bukan main lagi.

Kalau kita sesama manusia pun fikir, tak patut keluar lewat malam berdua lelaki dan perempuan macam tu, apatah lagi ALLAH? Apa yang ALLAH akan buat? Untung, kita masih hidup. Masih diberi peluang untuk lihat dunia. Tahu tak sebab apa sebenarnya? sebab kita ALLAH bagi peluang untuk bertaubat atas semua dosa-dosa yang telah kita buat.

:'(

Sedih.

Bila ramai yang buat sebab cinta. Sanggup buat apa ja sebab cinta.

Ini. Doa bila jatuh cinta.
Moga cinta ALLAH lebih besar dalam diri kita berbanding cinta-cinta lain..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pda seseorang yg melabuhkan cintany pada-Mu,
agar b’tambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jka aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut pda-Mu,
agar aku tidak jatuh dlm jurang cinta yg semu.
Ya Rabbana, jka aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar aku tidak berpaling dari hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku pdanya agar aku tidak lalai merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di 1/3 mlam terakhir-Mu.
Ya Allah, jka aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jka Kau halalkan aku merindukan kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakanku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah, Engkau mengetahui bhwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
etlah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannnya.
Penuhilah hati-hati ini.
Dengan nur-Mu yg tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.
As-Syahid Syed Qutb




Sunday 15 December 2013

Dunia.

Assalamualaikum.

Syukur, masih hidup, masih bernafas. Dan masih diberi peluang untuk kembali ke jalan-Nya.

Hmm.

Dunia.

Dunia.

Dunia.

Macam-macam yang ada di dunia. Ada suka, ada duka, ada gelak, ada tangis. Ada macam-macam. Bukan kita seorang yang hidup dalam dunia ini. Ya, bukan kita seorang. Ada orang lain. Maka mengapa perlu memilih untuk hidup sebagai manusia yang pentingkan diri? Itu yang aku tak faham sekarang. Makin lama aku hidup, makin banyak yang aku belajar dan makin banyak yang aku tak faham dalam dunia ni.

Dunia. Ya, dunia.

Kita bukan hidup untuk sehari dua. Kita hidup untuk berhari-hari. Di dunia inilah medannya kita mencari sebanyak mungkin bekalan untuk kehidupan selepas dunia. Aku bukan nak kata aku adalah manusia yang paling tak pentingkan diri or yang paling mengambil berat tentang orang lain. Tak. Bukan macam tu. Aku cuma nak kita sama-sama refleksi diri. Baiki diri.

Mungkin. Ada yang cakap.

"Aku tolong orang, ada ke orang tolong aku? Last last, aku sorang-sorang jugak bila susah. Huh, apa yang aku dapat?"

Apa yang kau dapat?

Kau dapat saham. Yang kau sendiri tak pernah tahu berapa tinggi peratusnya. Yang penting, kerana apa kau tolong orang tu. Untuk orang kata kah? Untuk orang puji kah? or untuk bekalan hidup di sana nanti, kerana ALLAH.

Jujur, kadang-kadang, aku rasa benda yang sama. Kenapa aku nak sibuk-sibuk tolong orang sedangkan orang tak pernah nak sibuk pun tolong aku bila aku susah. But, aku fikir balik, come on. Kau buat ni bukan untuk siapa-siapa. Untuk diri kau yang tak banyak amal ni, sebagai bekalan hari mati, lillahitaala. Kerana ALLAH.

Takut esok-esok aku menyesal.

Hmm. Jangan difikir apa yang akan terjadi esok esok. Tapi fikir, apa yang kau akan dapat bila kau buat ikhlas kerana Dia. Kita tak nampak benda tu jatuh seketul depan mata, mungkin tak di sini. yang penting, nuh, kat sana nanti.

Baru-baru ni. Ada usrah pusat pengajian aku buat.

Soalan pertama naqib tanya.

"Kenapa kita perlu kenal ALLAH dulu baru kita perlu kenal ibadah dan sebagainya?"

Yup. Kenapa? Dan jawapan aku, kita kena kenal ALLAH dulu baru kita tahu tujuan hidup kita ni untuk apa. Kita kena kenal ALLAH dulu, baru kita tau kita beribadah untuk siapa. Kita kena kenal ALLAH dulu makanya apa yang kita buat, hanya kerana Dia.

*kesat air mata

Kadang-kadang, aku sedih. Bila berhadapan dengan orang yang kurang berfikir macam ni. Ya, betul. setiap orang tak sama. tapi, antara kita sedar atau tak, kita semua sama. Hamba. Matlamat kita pun sama. Syurga. Or ada orang yang nak masuk neraka??? Mesti tak kan. Kita semua nak syurga. Jadi kenapa kita susah untuk meringankan diri membantu orang lain dalam kesusahan?

Nak tahu? Tak semua orang yang dalam kesusahan tu nakkan pertolongan. Cuma, kita. Rasa tanggungjawab sesama manusia yang membuat kita membantu mereka. Tanggungjawab kerana apa? Tanggungjawab untuk sama-sama mengharapakan keredaan ALLAH. Bekerja kerana Dia.

Hmm.

Aku pun tak ada la hebat mana, bagus mana, baik mana. tapi aku cuba jugak untuk baiki diri aku. Aku bukan ustaz ustazah. Jauh sekali alim ulama. Aku cuma hamba hina yang sedang cuba bangun mengenal Dia. Aku sedar siapa aku.

*kesat air mata lagi


Pujuk diri. Biaqlah kat depa. Moga ALLAH bukak pintu hati depa untuk fikir dalam-dalam sikit.

"....berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran..." (Surah al-Asr:3)

Sunday 1 December 2013

Kawan ka boypren/girlpren?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Hmm.

Apa khabar? Rasa macam lama ja tak tulis something kat blog ni. Rindu pulak.

Dah masuk Disember. Moga ALLAH permudahkan segalanya lepas ni kan.

Dan, tak lama lagi final exam. Ya ALLAH. Cuak!

Okey tutup bab tu kejap. Nak meluahkan rasa. Nak cerita-cerita.

.................................

Apa yang kau akan rasa kalau kau dtinggalkan kawan kau sebab boypren/girlpren or yang sewaktu dengannya?
Apa yang kau rasa bila kawan kau lebih utamakan boypren/girlpren dia?
Apa yang kau rasa bila kawan kau decided to stop kawan dengan kau just sebab dia nak jaga hati dan perasaan boypren/girlpren dia?

Serius! Aku sentap bila timbul bab ni.

Yeah, bukan aku jealous or what. Cuma aku rasa...

Berbaloi ka hang buat macam tu just sebab dia boypren/girlpren hang?

Hang lebih suka hilang kawan dari hilang boypren/girlpren ka?

Why don't you think mana hat lebih penting?

Or aku yang tak faham hati perasaan orang bercinta?

Oh men... Please.

Rasa macam, entah. Aku tak boleh la macam tu.

Hmm. ALLAH bagi kita akal untuk berfikir. ALLAH bagi kita hati untuk menilai.

Jangan sebab takut awek lari sanggup putus kawan. Jangan sebab nak cakap dengan boypren yang gila sayang nak mati bagai nak gila tu sanggup end up call kawan. Fikir pasal orang lain sama. Mana yang lebih penting.

Ok fine, hang sayang gila kat dia. But, pikiaq dalam-dalam sama. They're only your boyfriend/girlfriend. Okey, bukan sapa-sapa pun dengan hang. Tak ada ikatan apa-apa pun. Punya la hang nak jaga hati dan perasaan dia, habis perasaan kawan hang? Camana? Hang tak pikiaq pulak?

Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.

Esok-esok kena tinggal, sapa yang hang cari kalau bukan kawan? Esok-esok kalau orang yang hang sayang bagai nak mati nak gila tu pi lari kat orang lain, sapa yang hang cari kalau bukan kawan? Esok-esok hang dok triak kecewa frust menungging macam monyet sapa yang hang cari kalau bukan kawan?

"Kawan aku tak kisah la. Dia okey ja. Dia faham."

Huh, memang dia okey ja. Dia faham. Tau sebab apa? Sebab dia pun nak jaga hati hang. Dia tak nak hang sedih-sedih. Kalau itu yang buat hang happy. Hmm. I'm not refering to anyone. Cuma nak share. Sebab situasi ni banyak berlaku depan aku. Hmm. Kadang-kadang aku pun tak faham. Base on pengalaman yang lepas-lepas, aku cuma nak hangpa pikiaq dalam-dalam mana yang lebih penting dalam hidup ini.

Hang dok pikiaq boypren/girlpren  hang ja.
Kawan hang nak letak mana?

Jangan menyakiti kalau taknak disakiti. Ingat tu.


Friday 22 November 2013

Kerana Dia.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

....................

Ada satu cerita.

Pagi itu. Pagi 22 November 2013.

Aku selisih dengan Ihsan. (bukan nama sebenar).

Ihsan. Dia, yang dulu aku anggap seorang India dan sudah tentunya bukan Islam. Sampailah satu hari, kawan aku cerita, yang dia dah masuk Islam. Sebelum puasa hari tu. 

Aku tengok Ihsan. Dari jauh. Rambutnya agak basah. Aku nampak tangannya juga hingga paras siku, juga kelihatan basah. aku lihat raut wajah dia. Tenang. Suci. Aku tanya dalam hati. Dari manakah Ihsan agaknya? Dia hilang lebih 15 minit lepas letak laptop dia atas meja depan meja aku. Jadi, sebab tu lah aku boleh perasan rambut depan dia agak basah dan tangan dia pun basah. Aku tengok jam. Pukul 10 lebih. Lalu terdetik dalam hati aku.

Dhuha.

Ihsan mungkin buat solat Dhuha. Tak tau kenapa, tiba-tiba rasa malu. Ihsan yang baru beberapa bulan peluk Islam cukup mengamalkan ajaran agama. Belum pernah aku nampak dia bermasam muka kalau selisih dengan orang. termasuklah aku. Dia sentiasa tersenyum. Manis. Jujur, sejuk mata memandang. 

Dia cukup rendah diri. Orangnya tidaklah setampan mana. Tapi, berbudi bahasa. Dia perasan, aku perhati dia. Cepat-cepat aku pandang tempat lain. jangan salah faham Ihsan. Aku pandang kau sebab aku rasa diri aku yang dilahirkan sejak azali lagi Islam tak macam kau. Kau baru je peluk Islam, tapi kau taat. 

Balik bilik, aku tanya balik pada diri aku. Kau Islam sejak lahir. Tapi kenapa kau tak macam dia? Dia baru nak faham Islam. Dia baru nak belajar agama. Ada benda yang dia tak faham. tapi kau, macam-macam yang kau dah tahu dalam agama ni. Tapi kenapa kadang-kadang kau ignore dosa pahala? Kau lupa ALLAH tu ada. Kau lupa ALLAH tu sentiasa melihat. Kenapa? Kenapa wahai hati, wahai diri,wahai jiwa? Kenapa?

Setitis. Dua titis. Tiga titis.
Menangis lagi.

Diam. Satu pun persoalan yang timbul, tak dijawab aku. Peluk tubuh, rapat ke dinding. Aku tanya lagi.

Kalau lah ALLAH ambil nyawa kau bila time kau buat dosa. Sempat ke kau nak taubat?
Kau nak jawab apa nanti?
Macam mana kalau amal yang kau ada langsung tak cukup nak tolong kau kat sana? Macam mana?
Kau nak buat apa? 

Menangis lagi. Diam lagi.

Kalau ALLAH kata, kau tak layak masuk syurga. Hanya neraka tempat kau. Macam mana?
Kalau ALLAH kata, Aku malu ada hamba seperti kau. Macam mana?
Kalau ALLAH kata....

Menangis lagi. Lagi kuat. Ya ALLAH.

Ya ALLAH.
Ya ALLAH.
Ya ALLAH.
Ya ALLAH.
Ya ALLAH.....

Macam mana?

Sungguh, aku tak dapat jawab. Risau. Takut. Semua ada. ALLAH Maha Hebat kan? Melalui Ihsan Dia sedarkan aku, semua orang sama. Yang membezakan iman dan taqwa seseorang itu.

Ihsan. Saudara baru yang sentiasa dahagakan ilmu. Ilmu agama.

Aku. Manusia yang selalu lupa. ALLAH itu ada. Jahilnya aku...

..........................

Aku on9. Macam biasa. Terperan orang duk sibuk share tentang Ahmad Ammar dalam kenangan. Ada yang post, menangis tengok video ni. Macam-macam. Aku tak tergerak pun nak tengok. Sampai la tadi, aku rasa, aku nak tengok. Dan, seperti yang dikatakan, memang. Memang menangis aku tengok video ni. 

Ahmad Ammar. 

Seusia dengan aku. Tapi, dia seorang yang sangat hebat. Tak caya? Baca ni.

Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar.
Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW ,Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. InsyaAllah.

Salam.
Warga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah, sahabat kita Saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.
Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang.
Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin.
Ahmad Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak. Dan paling menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu bapanya ke syurga.
Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.
Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.
Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.
Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai.
Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.
Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A.
Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.
Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım .
Perancangan ALLAH SWT.
Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.Salam.
Presiden ABIM.

HAJI AMIDI ABD MANAN.

Ini adalah perbualan terakhir arwah bersama kakaknya. Petanda yang arwah akan pergi untuk selama-lamanya.

Never thought this would be the last conversation with him..When he told me that he wanted to be one of the shuhada’ in Syria, I seriously thought that he was just simply saying it..Never crossed my mind that he was really meant it..now, with Allah’s will, you are one of the shuhada’ my dear Ammar..the shaheed who seek for knowledge n plan to share it with others..all of us are proud of u.. – Nabila Azam
Tengok lah video ni. Kau akan rasa macam mana aku rasa. 



Sunday 17 November 2013

Ingat Ingat Ingat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum readers. Salam Maal Hijrah.

Tahun makin bertambah.
Usia juga makin bertambah.
Kita, bila nak berubah?
Entah esok lusa dijemput ALLAH, takut tak sempat nak hijrah.

ALLAH.

Hmm. Cuti midsem dah habis. Seminggu dah. Dan aku kembali di sini. Bumi Pulau Pinang. Aku pergi sekali lagi. Tinggalkan mak. Tinggalkan ayah. Bersama amanah yang belum terlaksana.

Hari tu..

Time makan tengahari. Mak 'bawak' aku ke 15 tahun yang lepas. Zaman along muda-muda. Ayah gi ladang time tu. Mak dengan aku ja ada kat rumah. Adik? Merayap, macam biasa. Nak jadi JKKKKK kampung, biasalah.

Mak cerita.

"Zaman mak dulu, mana ada u u ni. Orang tak tahu pun apa benda universiti ni. Nak nyebut universiti tu pun aje berpintal lidah ni ha. Mak pun tak tahu apa. Mak belajor tak pandai. Takat jah 3 je. nak sekolahkan adik-adik tak ade duit. budak-budak nijam ape nak, semua dapat. Mak orang susah dulu. Along kau tu ha. Tibe-tibe balik umah bagitau mak dapat gi Mesir. Masuk universiti. Baru tu la mak tau apende universiti tu ha. bila anak-anak sendiri dapat masuk u. Along kau nak masuk u bukannye senang. pinjam sane sini. Susah-susah pun mak ayah usaha nk antor. Bior mak ayah ni miskin, tak ada duit, asalkan anak belajor pandai.............."

Mak kesat air mata.

Aku?
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
Nyaris nak tumpah air mata ni.

Mak ayah. Tak pernah rasa susah nak besarkan anak-anak dia. Nak sekolahkan anak-anak biar jadi orang pandai, orang berguna. Ubah nasib keluarga. Bila mak cerita pahit jerih susah payah zaman mak dulu, tiba-tiba terfikir. Aku ni senang sangat hidup. Apa nak semua ada. Tinggal lagi nak dengan tak nak je. Macam mana along susah nak fly dulu, mak ayah usaha jugak sampai boleh. Macam tu la aku, tiap-tiap bulan mak ayah hantar duit.  Tapi kenapa main-main lagi? Tak kesian kat mak? Tak kesian kat ayah?

Aku suka tulis tentang mak dan ayah. Biar banyak kali. Biar aku ingat. Biar aku tanam dalam diri aku yang hidup aku ni hanya untuk buat mak dan ayah gembira. Aku percaya, kau, kau dan kau yang baca entry ni sayang mak dan ayah kau kan? Macam tu jugak aku. Aku tak sanggup bayangkan mak dan ayah aku menangis sebab kecewa dengan aku. Aku tak sanggup.

Tipu kalau cakap aku tak pernah rasa malas kat sini. Kadang-kadang terbabas jugak. Melayan perasaan yang entah apa-apa. Assigment berlambak-lambak yang tergendala. Buat sikit, lepas tu fb. Bila dah dekat nak hantar assigment mula lah jadi zombie. Tak tidur malam siapkan. Orang sedap-sedap mimpi, aku merangkak-rangkak buat assigment. Adat la jadi student kan? Adat mana entah la, aku pun tak tahu. Bila aku duduk, renung balik semua ni, ingat mak, ingat ayah. Baru aku terfikir, baru aku nak insap sikit.

"Woi, ingat mak woi. Ingat ayah woi. Study study."

Kena pulak bila ada sorang kawan aku yang baik hati serta budiman ni, boleh send video ni ha.

http://www.youtube.com/watch?v=Qi-wTg5dJZc&list=PLD8EEF4EB46F870DB

Haish, terus. Zupppp~ dalam hati.

Mula lah jadi kem SPM dah bilik aku ni ha. Menangis. Tapi bagus jugak. Biar banyak kali tengok, biar insaf. Even banyak kali tengok, banyak kali terbabas, tengok semula, terbabas balik, tengok lagi.  Biar banyak kali. Sekurang-kurangnya, kita ada rasa nak berubah. Daripada orang yang hati batu. Ego tinggi melangit, tak pernah nak muhasabah diri. Tak pernah nak sedar diri. Tak pernah nak cermin diri tu. Biar kita macam ni. Biar. Nak berubah bukan mudah kan? Sabar.

Sabar.

Dalam hidup ni, kalau kita tak reti nak ukur diri sendiri, memang payah.
Asyik nak duduk kat atas je. Bila time kita ALLAH letak kat bawah nanti, baru kita sedar.
Selagi ada masa, jangan lupa untuk sentiasa muhasabah diri.
Apa pun kita buat, tinggi mana pun kita, ingat dari mana kita datang. Siapa kita dulu sebelum kita hari ni.

Ombak kadang-kadang memukul.
Kadang-kadang terpukul

Sama macam kita.
Kadang-kadang kita ada kat atas.
Kadang-kadang kita kat bawah.

Monday 28 October 2013

Aku menangis bukan sebab sedih.

Assalamualaikum Readers.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pejam mata. Rapat-rapat.
Gelap.

Pap! 

"Woi, berangan apa?"

Diam. Tak kata apa. Aku pejam lagi. Ada manik halus mula keluar.

Menangis. Lagi.

Hmm. Entah untuk ke berapa kali, aku pun tak tahu. 

150 juta kali gamaknya bak kata Fynn Jamal.

Biarlah. Biar aku menangis. Aku menangis bukan sebab aku sedih. Bukan sebab aku susah hati. Bukan sebab aku gundah gelana. Sebab aku suka. Suka menangis. Air mata ini menjadi saksi. Apa yang aku rasa saat langkah kaki ini semakin lemah. Kemudian aku rebah. Bangun kembali.

Tak mudah nak terus istiqamah. Kan? Tak mudah. 

"Pernah dengar? Mujahadah itu pahit sebab syurga itu manis."

Kena kuat. Walau apa pun dugaan yang kita terima, kita kena kuat. ALLAH tak uji kita sia-sia. Ada ganjarannya.

Tiap kali air mata ini menitis, aku bersyukur. Hati aku tak keras. 

Cikgu MUET aku cakap.

"Tak pe Ika nangis. Nangis je lah. USM tu bukit-bukit. Tak kan banjir pun kalau ika nangis..."

Heee. Lagilah aku sakan menangis. 

Mak cakap.

"Pesen dia dah. Cengeng. Kejap-kejap nangis."

Aku senyum je bila mak cakap macam tu. Menangis dalam senyum. Teringat mak kesat air mata waktu berpisah masa mula-mula daftar uni dulu. 

Dah biasa dah. Dah biasa dah menangis. Bertemankan air mata. Kadang-kadang orang tak faham apa yang kita rasa. Even kita cerita bagai nak gila, ada benda yang kita cuba nak sampaikan, tak sampai pun kat dia. Itu lah manusia. 

Bila kita tanya, "Kau faham tak?"

Jawab dia. "Ya, aku faham. Kau kena kuat. K, jangan risau..."

Hmm. Cakap memang senang. Entah-entah, dia dengar pun tak apa yang kita cerita. Tapi, sebab kawan punya pasal, buat-buatla faham. 

Menangislah. Bila kau rasa kau perlu menangis.
Tak pe, biar apa orang nak kata.
Bukan masalah kau, masalah dia.
Sekurang-kurangnya, kau masih ada rasa nak menangis.
Menangis ni boleh jadi terapi tau.

Tak percaya?
Cuba try kau nangis.

Lega kan?

Jangan nangis sampai bengkak mata sudah.
 Esok kelas, semua orang tanya. Jenuh nak jawab.

Pesan aku, setiap apa yang datang dalam hidup ini, ucaplah syukur.  Walaupun terlalu banyak perkara yang kau tangiskan, tetap. Ucap syukur. 



Saturday 26 October 2013

Jangan Dilihat Titik Perbezaan

Assalamualaikum readers.

Alhamdulillah. Syukur. Bumi Pulau Pinang dihempas hujan rahmat. Sejuk. Nyaman. Angin lembut menyapa pipi. Aku duduk sendiri bertemankan sepi. Roommate sibuk dengan kerja. Bergelar penuntut universiti bukan mudah. Ada masa perlu berkorban banyak benda. Harta, masa, kadang-kadang hati dan perasaan.

Dah nak cuti midsem. Sekejapnya masa berlalu. ALLAH. Apa agaknya yang ada dalam kepala otak aku ni untuk exam nanti? Tawakal je yang mampu sekarang. Pergi kelas balik kelas. Bukak buku. Baca. Tapi tak tahu baca apa. Masuk ke? Entah. Tak tahu. Mintak-mintak masuk lah.

Teringat cuti raya hari tu.

Ayah pesan.

"Hang belajaq la rajin-rajin kak oi. Kita orang susah. Hang nak belajaq tinggi mana pun, jangan lupa mak ayah kat kampung. Jangan lupa asal usul."

"Jangan lupa mak ayah."

Ayat ini lah yang buat aku kuat berjauhan dengan mak ayah. Sebab sayang mak, sebab sayang ayah, aku belajar. Untuk mereka. Untuk balas jasa. Aku bukan manusia hebat. Aku biasa-biasa. Tapi aku cuba untuk jadi hebat, untuk jadi luar biasa jadi lebih baik untuk mereka. Dan aku sedang cuba berubah untuk menjadi lebih baik untuk mereka. Mak dan ayah.

Berubah.

Hidayah tu milik ALLAH. Ya, aku tahu, hidayah tu milik ALLAH. Tapi kita kena ingat, kalau kita tak cari hidayah tu, ALLAH takkan beri. Ingat tak ALLAH kata...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" -Ar-Ra'd:11 

Kalau kita tak cari hidayah ALLAH tu, kita takkan jumpa. 

Aku bukan ustazah. Aku bukan alim ulama. Aku sedar siapa aku. Aku manusia jahil yang masih lagi merangkak mencari ilmu. Mengenal Tuhanku-ALLAH. Kadang-kadang, hanyut juga diri ini. Tak lepas dari godaan, gelora nafsu yang membara. Tapi, itulah dugaan. Bila ALLAH sayang kita, ALLAH bagi kita macam-macam dugaan. Untuk apa? Untuk uji kita.

Jujur, kadang-kadang rasa nak tutup mulut orang-orang yang panggil aku "Ustazah"
Tiba-tiba rasa sebak. Entah, aku pun tak tahu kenapa. Aku diam. Aku senyum. Tak mampu nak kata apa. Aku takut. Aku tak sehebat itu.

Lagi sedih bila ada yang cakap, 

"Kau budak baik, aku jahat. Kau tak layak kawan dengan aku."

"Wey, kau pakai tudung ala-ala ustazah, aku ni rock-rock sikit, tak segan ke nak kawan dengan aku."

"Err... wey, kau tak kisah ke kawan dengan aku ni? Aku gedik, mengada. Kau ayu-ayu sopan. Perempuan melayu terakhir."

Cuba, untuk sekali. Jangan dilihat titik perbezaan. Tapi lihat titik persamaan. Arah kiblat yang sama.

Kau dan aku sama. Kita hamba. Aku hamba ALLAH. Kau pun hamba ALLAH. Tu kau kena faham. Sikit pun aku tak kisah macam mana pun diri kau. Sebab setiap yang ALLAH cipta tu ada kebaikan, ada kekurangannya sendiri. Aku pun sama. Kadang-kadang ada jugak cacat celanya. sebab aku bukan manusia yang sempurna. Huh, tak ada pun yang sempurna dalam hidup ni. Tapi, kita cuba untuk jadi sempurna. Jadi lebih baik. Tak salah pun. Tak rugi pun. Ramai orang suka. ALLAH pun suka.

Cuma...

Kita...

Kita yang selalu salah sangka. Fikir bukan-bukan. Belum cuba belum tahu. Dah cuba nanti baru tahu. Macam mana manisnya perubahan tu. Macam mana manisnya cinta ALLAH tu.

Hmm.

Gelap. Kelam. 
Itu masa silam.

Sudah. Lupakan.
Kau hidup untuk hari ini. 
Baiki diri. Mencari reda Ilahi.

Kalau pun kau mati, kau mati di jalan ini. Jalan yang kau pilih sendiri. Ingat budak. Kau bukan kanak-kanak.


Jangan dilihat titik perbezaan.



Friday 20 September 2013

Mak.

Assalamualaikum.

Readers. Dah call mak tanya khabar? Dah peluk cium mak hari ni? Dah doakan dia? Kalau belum, do it now. Hargai every single moment dengan dia sementara dia masih ada.

Mak.

Rindu sangat. Tak biasa jauh macam ni. Sebelum ni, jauh jugak. Tapi dalam negeri. Dan dua minggu sekali akan balik. Sekarang, melangkau beberapa buah negeri dan dah hampir sebulan tak balik.

Sabar budak. Esok-esok kau dah kahwin, kau tinggal mak jugak kan? Jauh jugak dari mak kan? Kata nak fly. Nanti dah fly, lagi susah nak balik.

Call mak. Dengar mak cerita macam-macam. Mak buat kerja sorang-sorang. Sakit kaki. Adik macam biasa. Merayap tak ingat dunia. Rumah dah macam R&R. Bila dengar mak cakap macam tu, aku rasa nak balik sekarang jugak. Kesian kat mak. Aku faham dah. Mak. Kalau penat sekali pun, tak pernah dia mengeluh.

Mak.

Tabah. Kuat. Ramai anak. Lain anak, lain ragam. Macam-macam hal. Mak sabar. Tak pernah dia tunjuk air mata dia kat anak-anak dia. Kena marah dengan ayah, mak diam je. Kuatnya mak. Sebab tak nak gaduh. sebab tak nak bising-bising. Bila aku ingat-ingat balik. aku dan mak jauh beza. Aku mudah sangat down. mudah sangat nak menangis.

Mak.

Mak pesan, jangan sedih-sedih jauh dengan mak. Nak belajar. Kena sabar. Mak doa anak-anak mak senang. Aku, bukan setakat sedih, berjurai dah air mata. Semalam, birthday mak. 57 tahun dah mak aku. Makin menginjak usia. Teringat mak cakap dulu, mak nak tengok akak convo macam achik. Kalau panjang umur. ALLAH. Luluh jantung. Lagi la rasa nak balik.

Mak pesan lagi. Mak belajar tak tinggi. Mak hantar anak-anak mak gi sekolah. belajar pandai-pandai. biar tau nak beza baik buruk. dosa pahala. buatlah nak buat apa pun. jangan lupa ALLAH. jangan lupa mak ayah. jangan lupa asal usul. dalam hidup ni. kita bawa dua nama. nama agama, nama mak ayah.

Mak. Tak pernah lekang dengan pesanan demi pesanan. Anak-anak mak yang selalu lupa. buat ikut suka. Tak fikir mak bila nak buat apa-apa.

Mak. Rindu sangat.

Ya ALLAH. Jagakan dia untuk aku.

Monday 16 September 2013

ALLAH.

Assalamualaikum.

ALLAH.

Tiba-tiba. Rasa sebak. Ya mungkin faktor emosi yang tidak stabil sejak akhir-akhir ni. Hmm. Aku, sapa tak tau. Memang jenis yang cepat sentap.

Huh. Itulah budak hingusan yang konon bajet matang.

Bila dah jauh dengan family baru terasa susahnya hidup tanpa mereka. Even sebelum ni aku duduk asrama, tapi its still dalam negeri aku. But now, aku melangkau beberapa buah negeri. Dari pantai timur aku ke utara. Untuk empat tahun. Demi cita-cita.

Lain dah semuanya. Dulu bila weekend selalu lepak-lepak dengan Mek Fatin. Segamat Muadzam. Entah apa yang aku cari pun tak tau. Saja nak lepak buang masa. Haha. Sekarang, dah jadi mahasiswi. Weekend tidoq ja aktiviti paling best aku rasa. Orang lain keluar ronda-ronda. Aku? Cuci mata kat Bukit Jambul beli maggi then balik. Dah. Sambung tidoq.

Banyak benda kena buat dah. Study la of course. ALLAH. Cuak pulak rasa bila ingat exam. Macam mana la agaknya nanti.

Ingat pesan mak ayah.

"Belajar rajin-rajin. Banggakan mak. Banggakan ayah."

 Ingat pesan abang-abang.

"Jangan lupa, mak ayah dah banyak berkorban untuk kau. Dah banyak berhabis duit kat kau. Balas jasa dorang balik. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Kita bukan orang senang. Nak berpoya-poya je kat Pineng tu. Kau anak dara sorang. Jauh dari mak ayah. Kena selalu ingat ALLAH. Sembahyang jangan tinggal. Jangan gatal nak bercinta je..."

Setepek atas muka aku. Tapi kalau main-main mata apalah salahnya kan? haha.

Pap! Kena sekeh.

Hmm. Abang-abang. kalau boleh macam-macam dorang nak buat untuk aku. Satu-satunya adik perempuan dorang. Mungkin sesetengah orang akan rimas bila setiap kali nak gi jauh akan ada ceramah tak berbayar, 'khutbah jumaat' bagai. Bagi aku, kalau tak ada benda-benda ni, tak mustahil aku akan hanyut terus. Syukur ada mereka.

Setiap kejadian tu adalah sebaik-baik ketentuan ALLAH. Jangan pernah sekali berhenti berharap pada DIA. Letakkan sepenuhnya pengharapan pada Dia. Bangun meskipun payah. Jalan meskipun bertatih. Cuba meskipun tak berdaya.



Jangan sedih lama-lama. ALLAH kan ada.


Sunday 15 September 2013

Syukur.

Assalamualaikum.

ALLAH.

Syukur. Aku masih bernafas di muka bumi ini. Bumi ALLAH yang penuh hikmah. Alhamdulillah.
Jujur. Aku sendiri tak pasti bagaimana hendak aku luahkan apa yang aku rasa sekarang ni. Jari jemari ligat pula menari.

Syukur.

Ya. Syukur.

Cuba tanya diri kita. dalam sehari berapa kali kita ucapkan kata syukur? Dalam pada kita melihat sekeliling kita, berapa kali kita bandingkan nasib kita dengan nasib orang lain kemudian ucap syukur dengan apa yang kita ada? Kesempurnaan anggota fizikal dan kesihatan yang baik yang kita ada, berapa kali kita ucap syukur? Kita tengok orang yang nasibnya kurang baik seperti kita, berapa kali kita ucap syukur?

ALLAH. Tak terucap rasa syukur tu sebenarnya. Apa yang kita ada hari ni semuanya anugerah ALLAH. Kan? Atas belas kasihan ALLAH. Sifat Maha Penyayang ALLAH. Tapi sombongnya kita bila tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Malah mengeluh itu dan ini. Mengapa aku begini. Mengapa aku begitu.

Kadang-kadang rasa diri ni hina sangat bila minta pada ALLAH macam-macam. Tapi selalu langgar perintah ALLAH. Baik besar mahupun kecil dosa tu, kita macam tak sedar ALLAH tu ada. Kita kata kita nak syurga tapi kenapa kita tak berusaha ke arah tu? Lupa hidup ini bukan selama-lamanya. Kan? Aku sendiri kadang-kadang hanyut dalam godaan dunia. Seronok sangat dengan dunia. Lupa matlamat hidup.

Tapi... ALLAH tu Maha Pengasih. Maha Penyayang.

Buat la apa pun, peluang untuk berubah tu sentiasa ada. Hmm. tapi berapa ramai yang ambil peluang tu?

Teringat cikgu cakap, "Kita masih dihidupkan pada hari ini kerana kita masih lagi bermanfaat kepada orang lain.."

Apa yang aku dah bagi pada orang lain selama aku hidup?
Tanya diri masing-masing.

Bila kita dah ada kat atas, jangan lupa yang kat bawah.

Kita sihat, tapi ada yang sakit.
Kita kaya, tapi ada yang miskin.

Semuanya dah ditentukan. Tapi kenapa kita masih lagi mengeluh? Ya, memang. Lumrah manusia tak pernah puas dengan apa yang dah ada. Biasa. Apalah salahnya kita betulkan yang biasa tu biasakan yang betul?

Jangan asyik mengeluh. Susah kita, ada yang lagi susah. Bersyukurlah. ALLAH takkan uji hamba-NYA dengan apa yang kita tak mampu.

Wednesday 11 September 2013

Semuanya Berubah. Indeed.

Assalamualaikum. Readersyang dihormati dan dikasihi ALLAH sekalian.
 Syukur. Almost two weeks bergelar mahasiswi. Alhamdulillah. segala puji bagi ALLAH.

Hmm. Semuanya dah lain. berubah. sangat lain. sangat berubah. aku bukan lagi budak sekolah. yang bila waktu pagi ada orang jerit subuh subuh subuh. row call. breakfast kat dewan makan. percuma. tak. aku bukan lagi budak sekolah. Kuliah dah start. dan aku lebih kepada 'main redah' sebab tak tahu kelas kat mana. dengan sapa aku nak pegi. aku menumpang. menumpang pada mereka-mereka yang aku rasa boleh jadi tempat aku singgah. kemudian, aku bergerak sendiri. ke mana sahaja yang aku rasa, aku boleh, di situ lah ada aku.

Jujur, pada permualaannya, aku agak kekok dengan dunia baru ni. aku tak kenal sapa-sapa dengan rapat. yup, ada kenal dua tiga orang. yang pernah rapat. tapi itu dulu. sekarang, semuanya dah berubah. minggu orientasi yang agak memenatkan bila mana aku terpaksa ke kem pimpin siswa selepas tu. ALLAH. tapi, syukur. pengalaman ni tak semua orang dapat.

 Kadang-kadang air mata ini tak mampu aku tampung. jatuh juga setitis dua. namun, cepat-cepat aku seka. supaya tak ada sapa yang sedar. bukan kerana aku sedih, nak putus asa, bukan. bukan sebab tu. tapi lebih kepada pengharapan kepada Dia yang Maha Esa. Kita, manusia kadangkala lupa pada Dia.

Kadang-kadang, bila kita dah tak mampu nak bangun, sedih, kecewa, lost in the space baru nak cari ALLAH. Kan? Tak payah cakap orang, aku pun sama ja lebih kurang.

But, deeply in my heart. Aku cuba untuk 'bersama-sama' Dia setiap masa. Aku tahu, setiap langkah aku ada Dia. ya, aku mungkin keseorangan. Ada kawan, tapi belum tentu teman. ada teman, belum tentu sahabat. Air mata ini, akan sentiasa menjadi pendamping setia. biar, biar apa orang nak kata. janji aku tahu apa maknanya.

Mak Ayah.

Dua orang insan inilah yang aku selalu ingat. Hanya kerana mereka. mereka yang buat aku terus semangat. sesekali, bila niat dan matlamat tak seiring, mak dan ayah yang aku ingat. aku di sini bukan untuk suka-suka. tapi kerana ada janji yang perlu dikota. ada amanah yang perlu dilaksana. Cita-cita dan impian.

Suka aku tengok orang-orang di sekeliling aku yang hebat-hebat belaka. dalam hati, terdetik. kalau la boleh aku jadi macam dia. ya ALLAH! mesti mak dan ayah aku suka! mesti dorang gembira! then, 'kawan baik' aku pun mengiyakan dengan menyentuh lembut pipi aku. basah. basah dengan 'dia'... Penuh pengharapan. ALLAH. Aku bukan manusia yang kuat. aku lemah. aku tak mampu sendiri. aku tahu. tapi, aku juga tahu, aku ada Kau di setiap jalan aku.

Menangis? perlukah?

Bagi aku, perlu. kerana tangisan itu pendamping setia aku. suka duka semuanya, pasti ada dia. Biarkan ia mengalir. kerana sekali ia menyepi, pasti akan tercari-cari.

Aku akan tetap begini. dengan jalan ini. meskipun berduri, akan ku tempuhi.
ALLAH. Engkau dekat. Takkan Kau biarkan hamba-Mu sendiri.

Proud to be Muslim. Syukur. Alhamdulillah.

Wednesday 28 August 2013

Yang Menekan Aku Hingga Saat Ini.


Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum readers yang aku kasihi sekalian. Berhabuk dah blog ni lama tak update. Macam-macam yang jadi sampai aku tak sempat langsung nak tengok blog ni. Alhamdulillah. Hari ni, (tarikh&hari yg sekian) aku diberi kesempatan untuk menulis lagi. syukur, Ya Rabb.

Antara sedar atau pun tak, kini aku menghitung hari untuk melangkah ke alam baru. Ya, alam IPT. Alhamdulillah, syukur tak terhingga. Aku ditawarkan tempat di Universiti Sains Malaysia kampus induk, Pulau Pinang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Komunikasi. Syukur, syukur, syukur Ya ALLAH. Honestly bila aku fikir-fikir balik, aku sangat tak percaya yang aku akan sampai ke tahap ini. Sebab aku bukanlah pelajar yang rajin study, dengan buku ke hulu ke hilir, oh tidak. Aku bukan jenis yang macam tu. Even aku duduk asrama, tapi 70% aktiviti aku di asrama ialah TIDUR. Study bila time nak exam. Selebihnya, kat sekolah and masa aku dihabiskan dengan TEXTING and CALLING. Sebab time form 6 dulu sakan bercinta macam orang gila kan, konon sehidup semati bersumpah setia. Haha. Tak boleh blah bila ingat balik. But, that’s what we say, setiap apa yang berlaku tu ada hikmah. Aku pernah gagal waktu SPM dulu. Aku pernah jatuh tersungkur di saat kawan-kawan yang lain sakan bergembira di atas kejayaan mereka bergelar mahasiswa dalam usia lapan belas tahun. Tapi aku? Aku sekali lagi bergelar ‘pelajar sekolah’ berbaju kurung putih, tudung putih, kain hitam. Aku tabahkan hati pedulikan apa orang nak kata. Sabar menjadi perkataan yang selalu setia bersama aku. Aku kecewakan mak dan ayah waktu SPM. Aku patahkan harapan mereka. Sedihnya waktu tu. Aku harap yang mak dan ayah aku akan sabar untuk dua tahun lagi, ke mana arah tuju aku. Tapi ayat itu tak terluah. Namun,hati anak mana yang tak dapat baca kesedihan ibu bapa mereka? ALLAH.

“Kita boleh memandang hebat orang lain tapi jangan sesekali memandang rendah pada diri sendiri.”
Ayat Cikgu Azizah, cikgu yang iring aku waktu pidato pra-u negeri dulu.

Ayat ni jugak yang jadi semangat aku. Hari-hari aku tulis dalam buku, aku nak masuk u. aku nak ada ijazah macam abang-abang aku yang dah berjaya. Macam kakak-kakak ipar aku. Macam yang mak dan ayah aku impikan. Jujur, tak ada kegembiraan dalam hidup aku melainkan melihat kegembiraan ibu dan ayah aku. Aku cuba untuk bangun di saat aku langsung tak tahu apa harus aku lakukan. Bangun walaupun langkah yang dimulakan hanya dengan bertatih. Cuba! Cuba untuk bangun. Jangan pandang belakang. Bangun dan terus bangun. Sepenuhnya harapan aku waktu tu ialah ALLAH. Sebab aku tahu, aku tak mampu untuk study hard macam kawan-kawan aku buat setiap hari. After sekolah g prep study. Aku? After sekolah, solat, makan, tidur sampai petang. Bangun semula solat asar n makan. Prep malam marathon movies. Study bila rasa nak study. Ya ALLAH. Teruknya perangai waktu sekolah dulu. Tapi, tapi ALLAH tak pernah kecewakan hamba-NYA kan? Tak pernah. Percayalah. DIA tak akan kecewakan hamba-NYA.

11 Julai 2013.

Hari yang sangat bermakna untuk aku. Keputusan universiti diumumkan. Berdebar tak payah nak cakap, sampai tak lena tidur. Nasib baik puasa. Tak makan. Agaknya kalau tak puasa, makan pun tak lalu. Sungguh aku tak percaya, aku dapat USM. Waktu tu, air mata jatuh berderai macam air terjun Niagara Falls. Haha. Jatuh bukan sebab sedih, sebab gembira teramat sangat. ALLAH! Rasa nak jerit satu dunia, Ya ALLAH, terima kasih Kau mambulkan doa aku. Kau jadikan mimpi dan angan-angan aku kenyataan! Kau bagi aku hadiah paling bermakna dalam bulan yang mulia, dan setelah dua tahun aku terpaksa bersabar menunggu. Paling penting, Kau bagi aku peluang untuk mengukir senyuman bahagia di wajah ayah dan ibuku. Jelas, mata mak juga berkaca waktu tu.

Mak.

Orang yang aku rasa paling banyak berjasa dalam hidup aku. Aku ingat, lepas STPM, mak buat yassin hajat. Untuk keputusan cemerlang STPM. Dapat masuk u. hari-hari aku tanya mak. Mak, kakak boleh masuk u tak? Kakak boleh dapat ijazah macam along, achik tak? Jawapan mak setiap hari sama. Boleh! ALLAH, result STPM yang aku sendiri tak sangka. Tak banyak, tapi aku yakin, dengan result ini lah, kejayaan aku bakal menanti. Dan bila aku dapat masuk u, sekali lagi mak buat kenduri kesyukuran. Ya ALLAH. Betapa, seorang ibu dan seorang ayah sanggup buat apa sahaja untuk anaknya. Tapi aku? Aku sanggup tak buat apa sahaja untuk mak dan ayah? Tak terbalas rasanya jasa mak dan ayah.
Aku cakap kat mak, kat ayah waktu result u keluar tu. “Mak, ayah. Ni. Ni yang mak dan ayah tunggu selama ni. Kakak dapat masuk u. kakak dapat masuk u mak, ayah. Kakak dapat masuk u. walaupun lambat dari kawan-kawan lain, kakak dapat buat ijazah terus. Berkat doa mak ayah. Berkat pengorbanan mak ayah. Akhirnya, kakak berjaya!”
 Terus, pelukan erat aku hadiahkan pada mereka. Aku nampak waktu tu. Aku nampak mak kesat air mata. Mak paling tempat lain. Terus pergi dapur. Mak. Aku faham sangat. Mak menangis.

Ayah.

Seorang hamba ALLAH yang tak pernah kenal penat dan lelah jaga aku satu-satunya anak perempuan dia yang degil, keras kepala, kuat melawan, kurang ajar. ALLAH. Sabarnya ayah. Walaupun aku selalu sakitkan hati dia. Tak bercakap dengan dia sebab ego aku yang tinggi. Tiap-tiap minggu bagi aku duit walaupun tak banyak. Kadang-kadang rm20. Rm20 untuk duduk asrama. Tapi, itu ayah aku. Walaupun tak ada, dia tetap bagi. Ya, dia. Dia ayah aku. Selama dua puluh tahun aku hidup, dia yang bersusah payah mencari rezeki untuk besarkan aku. Anak perempuan dia satu-satunya. Tak pernah jemu. Tak pernah letih. Kesabaran dia lagi diuji bila dia suruh aku pergi Kem Induksi Perdana Persada 2013, aku tak nak. Padahal, macam-macam dah dia buat untuk kesenangan aku di masa depan. Aku, dalam hati memberontak sebab tak nak pergi. Diam. Tapi teruskan jugak. Ikutkan jugak apa yang ayah nak. Ya, demi ayah.

Kem Induksi Perdana Persada 2013, 24 & 25 Ogos 2013, Universiti  Putra Malaysia, Serdang.

Jangan tanya apa yang kita dapat. Tapi tanya apa yang kita dah bagi. Kemanisan kejayaan tak dapat dirasa jika tidak merasa pahitnya kegagalan. Tak kira di mana jua kita berada, biar berpijak di bumi yang nyata. Menjunjung langit yang tujuh. Sekalipun hanya berada di universiti gelandangan jalanan. Ya ALLAH. Syukur atas apa yang aku dah ada untuk hari ini. Susah aku, ada lagi yang susah di tempat lain. Penat, tapi aku gagahkan jugak diri ini untuk dapat sesuatu yang bermakna walaupun dalam keterpaksaa. Namun itulah yang dikatakan mak dan ayah sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anaknya. Kem yang sangat berguna untuk aku, generasi yang tak sedar diri. Syukur. Ayah. Ayah yang aku sayang.

Untuk anda readers, cerita ini aku kongsi hanya dengan harapan dapat memberi sesuatu. Kisah aku. Tak kira apa yang anda dapat, ianya datag dari Dia. ALLAH yang Maha Esa. Jangan takut gagal. Kerana bermula dengan kegagalan itu kita akan merasa manisnya kejayaan. Walau tinggi mana pun kita, itu semua kerana Dia. Tinggi tak selamanya kekal tinggi. Bawah tak selamanya kekal bawah. Cuma, yakin dengan Dia. Yakin sepenuhnya. Aku bukan pakar motivasi, aku juga bukan pakar kaunseling sebab kadang-kadang hidup aku jugak tunggang langgang. Aku insan biasa. Aku manusia biasa yang hanya mahu berkongsi.berkongsi sesuatu untuk anda, agar kita sama-sama dapat bangkit dan terus bangkit. Biar apa yang berlaku di masa lalu kerana kita hidup hari ni. Akan datang. Kenangan biar tinggal kenangan. Tapi jangan terus dilupakan. Kerana kenangan itu boleh dijadikan pedoman.

"Yang dilihat & diukurNYA bkn sejauh mana usahamu, tp yang diharap sejauh mana TAWAKKAL, PERCAYA nan jitu & pergantunganmu pdNYA, tp tak bermakna xperlu berusaha. USAHALAH semampumu, tp jgn sesekali beraqidah bahawa byk usahamu penentu kejayaan, tp berimanlah bahawa TAWAKKAL mu itu sebenarnya  hanya semata-mata padaNYA. Itulah penentu kejayaanmu."

Every single breath in and out, semua kerana Dia. So, don’t forget to say ALHAMDULILLAH.

Thanks sudi luangkan masa membaca dari ayat pertama hingga nokhtah terakhir entry ini. Hanya ALLAH dapat membalas jasa anda. Sekian. =)

Sunday 16 June 2013

Mensyukuri Nikmat ALLAH...

Assalamualaikum w.b.t.. ehem2... hyep you guys.... tu diaaa, mai dah. setelah beberapa lama tak mengupdate blog kan, so time ni aku merajinkan diri juga update. kena pulak petang tadi, ada yang tanya, tak update blog ke? hihi...

orait, Mensyukuri Nikmat ALLAH.

Hari ni Kak Long outstation. p Langkawi. empat hari wooo.. nak tak nak aku kena la terima tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa dalam pada Kak Long tak ada ni. ingatkan, malam ni tak makan dah. sekali tadi, abang kak long datan rumah. ada hal family dia. so, ajak keluar makan. syez wey! aku dah kenyang kot. tapi, tak tau pasai pa, mulut aku ni tak nak pulak cakap,  tak nak makan ka pa... or at least, say something time order makan tu. hah, penyudahnya, kena jugak habiskan. nasi penuh pinggan. dengan siakap sweet sour, siakap steam, kailan ikan masin, sotong, gila banyak kot. nyaris nak termuntah aku tadi. along pun, terpaksa habiskan nasi alia. dah aku, tak kan nak bagi kat along pulak kan. tak sampai lima minit, anak abang kak long tu makan, aku tengok, dah separuh dah nasi dia.... maybe lapaq kot. nak ja aku tanya, "weyh, cukup dak nasi ang? amek hat aku wey..." tapi, tak tertanya. minum ayaq pulak, sampai tertelan biji limau kasturi. gatai ngat kan nak order limau ais. hah, padan muka... biru sekejap muke aku. dengan nak habiskan nasi lagi. terkulat-kulat aku. bukan apa, boleh je nak tinggal nasi tu sebab tak habis. tapi, aku teringat along cakap hari tu, "makan tak habis, nasi ni nanti siapa makan?" aku cakap la, kucing kan ada. haha. lepas tu, along bagi setepek atas muka."kalau orang tu bagi kucing, kalau orang tu buang? kan rezeki iblis tu..." hehe. aku pun terkebil-kebil sekejap. along kalau bagi, memang melekat atas muke. sso, sejak hari tu la, walau macam mana pun, aku akan habiskan jugak makanan yang ada depan mata aku. wey, aku siap berzikir lagi  nak habiskan nasi punya pasal. time ni, aku dah macam ular sawa. gila kenyang tahap giga bak ang!



tu la. kita patut bersyukur apa yang kita dah ada sebenarnya. sebab tu semua rezeki ALLAH bagi. kalau tak, jangan harap kita nak dapat senang-senang. ALLAH tu Maha Mengetahui. kita perlu bersyukur. nuh, kat palestin nuh. kat somalia. depa pakat dok que nak makan. kena catu bagai. mengemis nak makan. kita ni, benda dok ada depan mata, kadang-kadang main kuis-kuis pakai kaki ja. punya la sombong kan. tak mau lauk ni lauk ni la macam-macam. demandnya kita kan? padahal, ramai lagi orang hat kebuloq tak dapat makan pa semua. Ya ALLAH. minta dijauhkan dengan sifat macam tu. ameen... mudah-mudahan. =)


Jangan Membazir tau! hihi. kalau tak nak makan, jangan order makan. hoho~

Sunday 9 June 2013

Say ALAHAMDULILLAH, Thank You ALLAH.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Kita masih diberi peluang oleh Dia yang Maha Agung melihat dunia ini. saat ini, tangan ku ligat menari menulis apa yang ingin dikatakan pada dunia. sungguh, dunia ini penuh dengan pancaroba. seisi rumah sudah hanyut dibuai gelora mimpi yang indah-indah belaka. Sementara aku, masih berjaga. tiba-tiba hati ini seolah-olah ingin menangis. sayu rasanya. mungkin ini tandanya ALLAH mahu aku meluahkan perasaan kepada-Nya. bila ALLAH rindu hambanya, ALLAH akan hadiahkan satu hadiah istimewa melalu malaikat jibril. hadiah itu ialah "UJIAN"




Sungguh. kadangkala diri ini seolah-olah lupa akan wujudnya Tuhan. Bebas berbuat apa sahaja tanpa ada rasa bersalah mahupun kesal diatas perbuatan sendiri. terkadang, aku malu. malu menghadap Dia. betapa banyaknya nikmat yang Dia kurniakan pada aku, namun aku lupa padaNya. aku lupa untuk mengucap syukur. aku lupa untuk berterima kasih. aku lupa untuk terus sujud memanjat kesyukuran. hinanya aku. ALLAHUAKBAR.


lalu untuk apa aku hidup lagi? diri ini penuh dosa. diri ini kotor dengan maksiat. hati ini terus tertanya-tanya mengapa dan kenapa. ALLAH itu Maha Penyayang. ALLAH, Engkau dekat. takkan Kau biarkan hambamu terus menangis.


ALLAH tak pernah kecewakan hamba-Nya. kita yang seringkali kecewakan ALLAH... Kita cari cinta selain cinta ALLAH. Sedangkan setiap hari ALLAH tunjukkan bukti kasih dan sayangnya kepada kita. nafas ini. nafas ini masih lagi terhembus kerana apa? Kerana Dia. diri ini. diri ini sihat cukup sempurna fizikalnya kerana apa? Kerana Dia. Dia yang Maha Esa. tetapi kenapa kita masih begini.? mengapa masih ragu-ragu dengan-Nya? Mengapa? Di setiap langkah ini, seharusnya disisipkan dengan kata ALHAMDULILLAH. Thank You ALLAH. Aku masih lagi hidup sehingga hari ini kerana aku masih bermanfaat kepada orang lain. Kerana ALLAH masih beri kita peluang untuk bertaubat. itu hikmah di atas segala hikmah.



Salam Muhasabah Sahabat~

Friday 7 June 2013

Anugerah yang tak ternilai bagi seorang ibu.

Assalamualaikum w.b.t. ehem2. pa habaq semua? heee... gatai pulak nak speaking utara sejak dua menjak ni. tak tau pasai pa. sapa sapa hat lidah terbelit baca entry ni, cek mintak maap nah... hihi.

Orait. Tak nak buang masa. straight to the titik ok.

Anugerah yang tak ternilai bagi seorang ibu. mesti dah tau kan apa dia. yup. of course. ANAK.

Tadi, aku keluar ikut kak long pergi buat checkup betul ke tak dia pregnant. semalam chek positif. yela, kot kot la pregnancy test tu bergurau dengan dia kan, kena la gi check jugak.

Dan Alhamdulillah, she's pregnant. dah lama dah tunggu. Alia pun dah tujuh tahun sekarang ni. dan, alia seperti biasa. mungkin sudah terdidik dari kecil oleh along. she's keep on saying ALHAMDULILLAH. paling buat aku tersentuh bila dia cakap,

"Mak Andak, ALHAMDULILLAH... ALLAH dah makbulkan doa alia, doa ummi, doa walid. alia akan dapat adik..."

Dia, seorang kanak-kanak yang sangat yakin pada kuasa doa. aku sangat respect dia. even kadang-kadang aku tak boleh belah dengan dia sebab terpaksa join sekali da tengok astro ceria n yang sewaktu dengannya kan. tapi, for a certain situation, dia berfikiran luar dari kotak jugak.

Kak Long ajak aku tengok doktor scan. mula-mula aku tak berani, then, disebabkan aku ni jenis nak tau sangat sesuatu tu kan. (tak tau perkataan apa yang sesuai) aku pun masuk ikut tengok. serius! aku takjub tahap giga! Aku tengok sendiri. dah ada jantung dan jantung tu berfungsi! Ya ALLAH! Hebatnya kuasa dia. aku yang jadi excited. ini, baru aku tengok orang punya. kalau aku nanti? *start berangan dah


Lebih kurang macam ni la td... hihi. ni gambar dari Pakcik google okey...


Aku hairan, macam mana la perasaan orang-orang yang sesedap rasa siakap kukus dia je buang anak merata-rata tu. dorang tak ada rasa kesian ke? tak ada rasa bersalah ke sampai sanggup buat macam tu? ramai lagi orang nak anak. yang dah kawin tapi tak dapat-dapat anak pun ramai. dorang yang tak kahwin lagi anak senang-senang je dapat lepas tu tanpa rasa bersalah buang macam buang sampah tepi jalan je. ya mungkin, dorang sendiri tersepit. sebab tu la, langkah awal, jangan libatkan diri dalam benda-benda tu. simply to say, zina. jangan menghampiri zina. ALLAH dah kata dah dalam Al-quran jangan menghampiri zina. haram hukumnya, kalau dah menghampiri pun haram, apatah lagi kalau kita buat kan?




Sedih kan tengok ni? Tak ke macam buang sampah je tu? ALLAHUAKBAR!
Mana perginya nama perikemanhusiaan?

Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang dinaungi cinta ALLAH.

Pesanan ikhlas buat adik-adik yang masih mentah. jangan terlalu asyik dibuai cinta dan gelora asmara hingga lupa anda masih ada agama. anda sedang diperhati ALLAH Yang Maha Esa. sayangilah dirimu kerana dirimu..........................(faham2 sendiri lah ye iklan tu..)


Salam Sayang Penuh Cinta~

Thursday 6 June 2013

Alia Qistina~

Assalamualaikum w.b.t.. hyep uols! cewahhh.. hihi. new look dah kite ye.. adeh deh dehhh... tengok blog orang cantik, aku pun nak jugak... hoho. tapi, ni still lagi dalam proses pembikinan ni. dop puah hati lagi nih. Ape pun, a big thanks to LQ sebab banyak ajar aku buat ni semua. kesian pulak kat dia dalam tak sihat nak edit blog aku. last-last, aku buat sendiri je. boleh je bukan tak boleh. zalikha budak pemalas kan. biasa lah, ada je alasan. cuba duduk dindiam and buat sendiri. kan boleh je tu. okey stop stop. membebel pulak makcik nih.

Entry kali ni, "Alia Qistina..."

Alhamdulillah, dah empat hari dah duduk rumah along kat Sungai Buloh ni. Ikut plannye, bulan puasa nanti baru aku balik rumah. buat sementara ni, tinggal sini dulu. buat teman Alia. Anak buah sulung aku. ni baru balik dari klinik. Amek ubat dia. hari ni nasib baik kak long amek mc sebab nak jaga Alia dan aku pun ehem ehem. kenalah bangun lebih awal dari biasa bila duduk rumah orang ni kan.. haha.. kantoi di situ.

Alia Qistina.


Seorang kana-kanak yang sangat bijak dan matang dari usianya yang sebenar. dia baru je darjah 1. tapi, bagi aku, dia cukup matang. Aku teringat time aku cuti tunggu result SPM dulu, aku lepak umah along. dan waktu tu, Alia baru empat tahun. time maghrib tu, dia menangis gila-gila. aku tanya dia kenapa nangis. rupa-rupanya dia nangis sebab walid dan ummi dia solat jemaah tak tunggu dia. tak tau kenapa, aku tersentuh gila time tu. bila aku keluar jalan-jalan dengan dia, dia cakap, 

"Mak Andak cantik pakai tudung. dah besar nanti, Alia nak pakai tudung jugak. macam mak andak. ummi cakap, kalau tak pakai tudung berdosa kan mak andak? sebab rambut tu aurat kan mak andak?"

ALLAHUAKBAR... Serius dua riuius tiga empat lima rius aku cakap, dalam usia dia waktu tu, aku rasa cukup tersentuh dan terfikir, kalau dia boleh fikir macam tu, kenapa orang yang lebih dewasa tak boleh fikir. dan aku sangat respect dengan along aku ni, dia berjaya didik anak dia setakat ni. bulan puasa tahun lepas, percaya atau tak, dia puasa 26 hari. 

haha, paling best bila dia mula tanya soalan cepu cemas. Bila Alia nak ada Pak Andak... Along aku mulalah buat muka nak tahu. hihi.

Aku belajar untuk jadi lebih matang bila dengan Alia ni. semalam dia tanya aku, 

"Mak Andak, taubat tu apa? Waras tu macam mana?"

Dan aku pun terangkan lah satu satu sampai dia angguk faham. dan tadi, kat klinik dia tanya lagi. jadi cikgu bm dah aku. macam-macam perbendaharaan kata dia dapat. nak mengajar tak semestinya jadi cikgu kan? sayang sangat kat Alia ni. bila time solat, dia akan ingatkan aku. paling syok bila keluar ayat-ayat macam ni kat walid dia..

"Walid ni tak reti-reti nak solat ke?"

Haha. Alia Alia. Aku ada kat sini, dia rajin ikut aku solat.  cuma bila dia demam ni, dia banyak habiskan masa dengan ummi dia. dan kak long, aku nampak dia ajar aku tentang tanggungjawab dengan ambil cuti untuk jaga anak.sebab along ada kelas hari ni. dia sambung belajar lagi. even dalam keadaan tak sihat tu, Alia tak tinggal baca doa makan, baca doa tidur. see. macam mana pentingnya peranan seorang ibu dan bapa untuk mendidik anak-anak. baik didikannya, baik la hasilnya. macam hadis nabi ni...


dia selalu cakap kat umi dan walid dua yang dia sayang sangat kat dorang. paling buat aku terharu, bila dia buat kad hari ibu untuk umi dia. so sweet. tiba-tiba rasa nak ada anak sendiri pulak. kuan kuang kuang. zalikha kuat berangan! haha.

tapi tu la. aku takkan sia-siakan masa aku kat rumah along ni dengan melepak sesuka hati tengok tv dan online je. aku akan belajar sesuatu dari setiap apa yang aku lalui. setiap inci kehidupan tu kan ilmu. moga ALLAH berkati anak kecil ini menjadi anak yang solehah bila besar nanti. ameen~


Salam Sayang Penuh Cinta~