Friday 20 September 2013

Mak.

Assalamualaikum.

Readers. Dah call mak tanya khabar? Dah peluk cium mak hari ni? Dah doakan dia? Kalau belum, do it now. Hargai every single moment dengan dia sementara dia masih ada.

Mak.

Rindu sangat. Tak biasa jauh macam ni. Sebelum ni, jauh jugak. Tapi dalam negeri. Dan dua minggu sekali akan balik. Sekarang, melangkau beberapa buah negeri dan dah hampir sebulan tak balik.

Sabar budak. Esok-esok kau dah kahwin, kau tinggal mak jugak kan? Jauh jugak dari mak kan? Kata nak fly. Nanti dah fly, lagi susah nak balik.

Call mak. Dengar mak cerita macam-macam. Mak buat kerja sorang-sorang. Sakit kaki. Adik macam biasa. Merayap tak ingat dunia. Rumah dah macam R&R. Bila dengar mak cakap macam tu, aku rasa nak balik sekarang jugak. Kesian kat mak. Aku faham dah. Mak. Kalau penat sekali pun, tak pernah dia mengeluh.

Mak.

Tabah. Kuat. Ramai anak. Lain anak, lain ragam. Macam-macam hal. Mak sabar. Tak pernah dia tunjuk air mata dia kat anak-anak dia. Kena marah dengan ayah, mak diam je. Kuatnya mak. Sebab tak nak gaduh. sebab tak nak bising-bising. Bila aku ingat-ingat balik. aku dan mak jauh beza. Aku mudah sangat down. mudah sangat nak menangis.

Mak.

Mak pesan, jangan sedih-sedih jauh dengan mak. Nak belajar. Kena sabar. Mak doa anak-anak mak senang. Aku, bukan setakat sedih, berjurai dah air mata. Semalam, birthday mak. 57 tahun dah mak aku. Makin menginjak usia. Teringat mak cakap dulu, mak nak tengok akak convo macam achik. Kalau panjang umur. ALLAH. Luluh jantung. Lagi la rasa nak balik.

Mak pesan lagi. Mak belajar tak tinggi. Mak hantar anak-anak mak gi sekolah. belajar pandai-pandai. biar tau nak beza baik buruk. dosa pahala. buatlah nak buat apa pun. jangan lupa ALLAH. jangan lupa mak ayah. jangan lupa asal usul. dalam hidup ni. kita bawa dua nama. nama agama, nama mak ayah.

Mak. Tak pernah lekang dengan pesanan demi pesanan. Anak-anak mak yang selalu lupa. buat ikut suka. Tak fikir mak bila nak buat apa-apa.

Mak. Rindu sangat.

Ya ALLAH. Jagakan dia untuk aku.

Monday 16 September 2013

ALLAH.

Assalamualaikum.

ALLAH.

Tiba-tiba. Rasa sebak. Ya mungkin faktor emosi yang tidak stabil sejak akhir-akhir ni. Hmm. Aku, sapa tak tau. Memang jenis yang cepat sentap.

Huh. Itulah budak hingusan yang konon bajet matang.

Bila dah jauh dengan family baru terasa susahnya hidup tanpa mereka. Even sebelum ni aku duduk asrama, tapi its still dalam negeri aku. But now, aku melangkau beberapa buah negeri. Dari pantai timur aku ke utara. Untuk empat tahun. Demi cita-cita.

Lain dah semuanya. Dulu bila weekend selalu lepak-lepak dengan Mek Fatin. Segamat Muadzam. Entah apa yang aku cari pun tak tau. Saja nak lepak buang masa. Haha. Sekarang, dah jadi mahasiswi. Weekend tidoq ja aktiviti paling best aku rasa. Orang lain keluar ronda-ronda. Aku? Cuci mata kat Bukit Jambul beli maggi then balik. Dah. Sambung tidoq.

Banyak benda kena buat dah. Study la of course. ALLAH. Cuak pulak rasa bila ingat exam. Macam mana la agaknya nanti.

Ingat pesan mak ayah.

"Belajar rajin-rajin. Banggakan mak. Banggakan ayah."

 Ingat pesan abang-abang.

"Jangan lupa, mak ayah dah banyak berkorban untuk kau. Dah banyak berhabis duit kat kau. Balas jasa dorang balik. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Kita bukan orang senang. Nak berpoya-poya je kat Pineng tu. Kau anak dara sorang. Jauh dari mak ayah. Kena selalu ingat ALLAH. Sembahyang jangan tinggal. Jangan gatal nak bercinta je..."

Setepek atas muka aku. Tapi kalau main-main mata apalah salahnya kan? haha.

Pap! Kena sekeh.

Hmm. Abang-abang. kalau boleh macam-macam dorang nak buat untuk aku. Satu-satunya adik perempuan dorang. Mungkin sesetengah orang akan rimas bila setiap kali nak gi jauh akan ada ceramah tak berbayar, 'khutbah jumaat' bagai. Bagi aku, kalau tak ada benda-benda ni, tak mustahil aku akan hanyut terus. Syukur ada mereka.

Setiap kejadian tu adalah sebaik-baik ketentuan ALLAH. Jangan pernah sekali berhenti berharap pada DIA. Letakkan sepenuhnya pengharapan pada Dia. Bangun meskipun payah. Jalan meskipun bertatih. Cuba meskipun tak berdaya.



Jangan sedih lama-lama. ALLAH kan ada.


Sunday 15 September 2013

Syukur.

Assalamualaikum.

ALLAH.

Syukur. Aku masih bernafas di muka bumi ini. Bumi ALLAH yang penuh hikmah. Alhamdulillah.
Jujur. Aku sendiri tak pasti bagaimana hendak aku luahkan apa yang aku rasa sekarang ni. Jari jemari ligat pula menari.

Syukur.

Ya. Syukur.

Cuba tanya diri kita. dalam sehari berapa kali kita ucapkan kata syukur? Dalam pada kita melihat sekeliling kita, berapa kali kita bandingkan nasib kita dengan nasib orang lain kemudian ucap syukur dengan apa yang kita ada? Kesempurnaan anggota fizikal dan kesihatan yang baik yang kita ada, berapa kali kita ucap syukur? Kita tengok orang yang nasibnya kurang baik seperti kita, berapa kali kita ucap syukur?

ALLAH. Tak terucap rasa syukur tu sebenarnya. Apa yang kita ada hari ni semuanya anugerah ALLAH. Kan? Atas belas kasihan ALLAH. Sifat Maha Penyayang ALLAH. Tapi sombongnya kita bila tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Malah mengeluh itu dan ini. Mengapa aku begini. Mengapa aku begitu.

Kadang-kadang rasa diri ni hina sangat bila minta pada ALLAH macam-macam. Tapi selalu langgar perintah ALLAH. Baik besar mahupun kecil dosa tu, kita macam tak sedar ALLAH tu ada. Kita kata kita nak syurga tapi kenapa kita tak berusaha ke arah tu? Lupa hidup ini bukan selama-lamanya. Kan? Aku sendiri kadang-kadang hanyut dalam godaan dunia. Seronok sangat dengan dunia. Lupa matlamat hidup.

Tapi... ALLAH tu Maha Pengasih. Maha Penyayang.

Buat la apa pun, peluang untuk berubah tu sentiasa ada. Hmm. tapi berapa ramai yang ambil peluang tu?

Teringat cikgu cakap, "Kita masih dihidupkan pada hari ini kerana kita masih lagi bermanfaat kepada orang lain.."

Apa yang aku dah bagi pada orang lain selama aku hidup?
Tanya diri masing-masing.

Bila kita dah ada kat atas, jangan lupa yang kat bawah.

Kita sihat, tapi ada yang sakit.
Kita kaya, tapi ada yang miskin.

Semuanya dah ditentukan. Tapi kenapa kita masih lagi mengeluh? Ya, memang. Lumrah manusia tak pernah puas dengan apa yang dah ada. Biasa. Apalah salahnya kita betulkan yang biasa tu biasakan yang betul?

Jangan asyik mengeluh. Susah kita, ada yang lagi susah. Bersyukurlah. ALLAH takkan uji hamba-NYA dengan apa yang kita tak mampu.

Wednesday 11 September 2013

Semuanya Berubah. Indeed.

Assalamualaikum. Readersyang dihormati dan dikasihi ALLAH sekalian.
 Syukur. Almost two weeks bergelar mahasiswi. Alhamdulillah. segala puji bagi ALLAH.

Hmm. Semuanya dah lain. berubah. sangat lain. sangat berubah. aku bukan lagi budak sekolah. yang bila waktu pagi ada orang jerit subuh subuh subuh. row call. breakfast kat dewan makan. percuma. tak. aku bukan lagi budak sekolah. Kuliah dah start. dan aku lebih kepada 'main redah' sebab tak tahu kelas kat mana. dengan sapa aku nak pegi. aku menumpang. menumpang pada mereka-mereka yang aku rasa boleh jadi tempat aku singgah. kemudian, aku bergerak sendiri. ke mana sahaja yang aku rasa, aku boleh, di situ lah ada aku.

Jujur, pada permualaannya, aku agak kekok dengan dunia baru ni. aku tak kenal sapa-sapa dengan rapat. yup, ada kenal dua tiga orang. yang pernah rapat. tapi itu dulu. sekarang, semuanya dah berubah. minggu orientasi yang agak memenatkan bila mana aku terpaksa ke kem pimpin siswa selepas tu. ALLAH. tapi, syukur. pengalaman ni tak semua orang dapat.

 Kadang-kadang air mata ini tak mampu aku tampung. jatuh juga setitis dua. namun, cepat-cepat aku seka. supaya tak ada sapa yang sedar. bukan kerana aku sedih, nak putus asa, bukan. bukan sebab tu. tapi lebih kepada pengharapan kepada Dia yang Maha Esa. Kita, manusia kadangkala lupa pada Dia.

Kadang-kadang, bila kita dah tak mampu nak bangun, sedih, kecewa, lost in the space baru nak cari ALLAH. Kan? Tak payah cakap orang, aku pun sama ja lebih kurang.

But, deeply in my heart. Aku cuba untuk 'bersama-sama' Dia setiap masa. Aku tahu, setiap langkah aku ada Dia. ya, aku mungkin keseorangan. Ada kawan, tapi belum tentu teman. ada teman, belum tentu sahabat. Air mata ini, akan sentiasa menjadi pendamping setia. biar, biar apa orang nak kata. janji aku tahu apa maknanya.

Mak Ayah.

Dua orang insan inilah yang aku selalu ingat. Hanya kerana mereka. mereka yang buat aku terus semangat. sesekali, bila niat dan matlamat tak seiring, mak dan ayah yang aku ingat. aku di sini bukan untuk suka-suka. tapi kerana ada janji yang perlu dikota. ada amanah yang perlu dilaksana. Cita-cita dan impian.

Suka aku tengok orang-orang di sekeliling aku yang hebat-hebat belaka. dalam hati, terdetik. kalau la boleh aku jadi macam dia. ya ALLAH! mesti mak dan ayah aku suka! mesti dorang gembira! then, 'kawan baik' aku pun mengiyakan dengan menyentuh lembut pipi aku. basah. basah dengan 'dia'... Penuh pengharapan. ALLAH. Aku bukan manusia yang kuat. aku lemah. aku tak mampu sendiri. aku tahu. tapi, aku juga tahu, aku ada Kau di setiap jalan aku.

Menangis? perlukah?

Bagi aku, perlu. kerana tangisan itu pendamping setia aku. suka duka semuanya, pasti ada dia. Biarkan ia mengalir. kerana sekali ia menyepi, pasti akan tercari-cari.

Aku akan tetap begini. dengan jalan ini. meskipun berduri, akan ku tempuhi.
ALLAH. Engkau dekat. Takkan Kau biarkan hamba-Mu sendiri.

Proud to be Muslim. Syukur. Alhamdulillah.