Sunday 15 September 2013

Syukur.

Assalamualaikum.

ALLAH.

Syukur. Aku masih bernafas di muka bumi ini. Bumi ALLAH yang penuh hikmah. Alhamdulillah.
Jujur. Aku sendiri tak pasti bagaimana hendak aku luahkan apa yang aku rasa sekarang ni. Jari jemari ligat pula menari.

Syukur.

Ya. Syukur.

Cuba tanya diri kita. dalam sehari berapa kali kita ucapkan kata syukur? Dalam pada kita melihat sekeliling kita, berapa kali kita bandingkan nasib kita dengan nasib orang lain kemudian ucap syukur dengan apa yang kita ada? Kesempurnaan anggota fizikal dan kesihatan yang baik yang kita ada, berapa kali kita ucap syukur? Kita tengok orang yang nasibnya kurang baik seperti kita, berapa kali kita ucap syukur?

ALLAH. Tak terucap rasa syukur tu sebenarnya. Apa yang kita ada hari ni semuanya anugerah ALLAH. Kan? Atas belas kasihan ALLAH. Sifat Maha Penyayang ALLAH. Tapi sombongnya kita bila tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Malah mengeluh itu dan ini. Mengapa aku begini. Mengapa aku begitu.

Kadang-kadang rasa diri ni hina sangat bila minta pada ALLAH macam-macam. Tapi selalu langgar perintah ALLAH. Baik besar mahupun kecil dosa tu, kita macam tak sedar ALLAH tu ada. Kita kata kita nak syurga tapi kenapa kita tak berusaha ke arah tu? Lupa hidup ini bukan selama-lamanya. Kan? Aku sendiri kadang-kadang hanyut dalam godaan dunia. Seronok sangat dengan dunia. Lupa matlamat hidup.

Tapi... ALLAH tu Maha Pengasih. Maha Penyayang.

Buat la apa pun, peluang untuk berubah tu sentiasa ada. Hmm. tapi berapa ramai yang ambil peluang tu?

Teringat cikgu cakap, "Kita masih dihidupkan pada hari ini kerana kita masih lagi bermanfaat kepada orang lain.."

Apa yang aku dah bagi pada orang lain selama aku hidup?
Tanya diri masing-masing.

Bila kita dah ada kat atas, jangan lupa yang kat bawah.

Kita sihat, tapi ada yang sakit.
Kita kaya, tapi ada yang miskin.

Semuanya dah ditentukan. Tapi kenapa kita masih lagi mengeluh? Ya, memang. Lumrah manusia tak pernah puas dengan apa yang dah ada. Biasa. Apalah salahnya kita betulkan yang biasa tu biasakan yang betul?

Jangan asyik mengeluh. Susah kita, ada yang lagi susah. Bersyukurlah. ALLAH takkan uji hamba-NYA dengan apa yang kita tak mampu.

No comments: