Sunday 17 November 2013

Ingat Ingat Ingat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum readers. Salam Maal Hijrah.

Tahun makin bertambah.
Usia juga makin bertambah.
Kita, bila nak berubah?
Entah esok lusa dijemput ALLAH, takut tak sempat nak hijrah.

ALLAH.

Hmm. Cuti midsem dah habis. Seminggu dah. Dan aku kembali di sini. Bumi Pulau Pinang. Aku pergi sekali lagi. Tinggalkan mak. Tinggalkan ayah. Bersama amanah yang belum terlaksana.

Hari tu..

Time makan tengahari. Mak 'bawak' aku ke 15 tahun yang lepas. Zaman along muda-muda. Ayah gi ladang time tu. Mak dengan aku ja ada kat rumah. Adik? Merayap, macam biasa. Nak jadi JKKKKK kampung, biasalah.

Mak cerita.

"Zaman mak dulu, mana ada u u ni. Orang tak tahu pun apa benda universiti ni. Nak nyebut universiti tu pun aje berpintal lidah ni ha. Mak pun tak tahu apa. Mak belajor tak pandai. Takat jah 3 je. nak sekolahkan adik-adik tak ade duit. budak-budak nijam ape nak, semua dapat. Mak orang susah dulu. Along kau tu ha. Tibe-tibe balik umah bagitau mak dapat gi Mesir. Masuk universiti. Baru tu la mak tau apende universiti tu ha. bila anak-anak sendiri dapat masuk u. Along kau nak masuk u bukannye senang. pinjam sane sini. Susah-susah pun mak ayah usaha nk antor. Bior mak ayah ni miskin, tak ada duit, asalkan anak belajor pandai.............."

Mak kesat air mata.

Aku?
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
Nyaris nak tumpah air mata ni.

Mak ayah. Tak pernah rasa susah nak besarkan anak-anak dia. Nak sekolahkan anak-anak biar jadi orang pandai, orang berguna. Ubah nasib keluarga. Bila mak cerita pahit jerih susah payah zaman mak dulu, tiba-tiba terfikir. Aku ni senang sangat hidup. Apa nak semua ada. Tinggal lagi nak dengan tak nak je. Macam mana along susah nak fly dulu, mak ayah usaha jugak sampai boleh. Macam tu la aku, tiap-tiap bulan mak ayah hantar duit.  Tapi kenapa main-main lagi? Tak kesian kat mak? Tak kesian kat ayah?

Aku suka tulis tentang mak dan ayah. Biar banyak kali. Biar aku ingat. Biar aku tanam dalam diri aku yang hidup aku ni hanya untuk buat mak dan ayah gembira. Aku percaya, kau, kau dan kau yang baca entry ni sayang mak dan ayah kau kan? Macam tu jugak aku. Aku tak sanggup bayangkan mak dan ayah aku menangis sebab kecewa dengan aku. Aku tak sanggup.

Tipu kalau cakap aku tak pernah rasa malas kat sini. Kadang-kadang terbabas jugak. Melayan perasaan yang entah apa-apa. Assigment berlambak-lambak yang tergendala. Buat sikit, lepas tu fb. Bila dah dekat nak hantar assigment mula lah jadi zombie. Tak tidur malam siapkan. Orang sedap-sedap mimpi, aku merangkak-rangkak buat assigment. Adat la jadi student kan? Adat mana entah la, aku pun tak tahu. Bila aku duduk, renung balik semua ni, ingat mak, ingat ayah. Baru aku terfikir, baru aku nak insap sikit.

"Woi, ingat mak woi. Ingat ayah woi. Study study."

Kena pulak bila ada sorang kawan aku yang baik hati serta budiman ni, boleh send video ni ha.

http://www.youtube.com/watch?v=Qi-wTg5dJZc&list=PLD8EEF4EB46F870DB

Haish, terus. Zupppp~ dalam hati.

Mula lah jadi kem SPM dah bilik aku ni ha. Menangis. Tapi bagus jugak. Biar banyak kali tengok, biar insaf. Even banyak kali tengok, banyak kali terbabas, tengok semula, terbabas balik, tengok lagi.  Biar banyak kali. Sekurang-kurangnya, kita ada rasa nak berubah. Daripada orang yang hati batu. Ego tinggi melangit, tak pernah nak muhasabah diri. Tak pernah nak sedar diri. Tak pernah nak cermin diri tu. Biar kita macam ni. Biar. Nak berubah bukan mudah kan? Sabar.

Sabar.

Dalam hidup ni, kalau kita tak reti nak ukur diri sendiri, memang payah.
Asyik nak duduk kat atas je. Bila time kita ALLAH letak kat bawah nanti, baru kita sedar.
Selagi ada masa, jangan lupa untuk sentiasa muhasabah diri.
Apa pun kita buat, tinggi mana pun kita, ingat dari mana kita datang. Siapa kita dulu sebelum kita hari ni.

Ombak kadang-kadang memukul.
Kadang-kadang terpukul

Sama macam kita.
Kadang-kadang kita ada kat atas.
Kadang-kadang kita kat bawah.

No comments: