Friday 22 November 2013

Kerana Dia.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

....................

Ada satu cerita.

Pagi itu. Pagi 22 November 2013.

Aku selisih dengan Ihsan. (bukan nama sebenar).

Ihsan. Dia, yang dulu aku anggap seorang India dan sudah tentunya bukan Islam. Sampailah satu hari, kawan aku cerita, yang dia dah masuk Islam. Sebelum puasa hari tu. 

Aku tengok Ihsan. Dari jauh. Rambutnya agak basah. Aku nampak tangannya juga hingga paras siku, juga kelihatan basah. aku lihat raut wajah dia. Tenang. Suci. Aku tanya dalam hati. Dari manakah Ihsan agaknya? Dia hilang lebih 15 minit lepas letak laptop dia atas meja depan meja aku. Jadi, sebab tu lah aku boleh perasan rambut depan dia agak basah dan tangan dia pun basah. Aku tengok jam. Pukul 10 lebih. Lalu terdetik dalam hati aku.

Dhuha.

Ihsan mungkin buat solat Dhuha. Tak tau kenapa, tiba-tiba rasa malu. Ihsan yang baru beberapa bulan peluk Islam cukup mengamalkan ajaran agama. Belum pernah aku nampak dia bermasam muka kalau selisih dengan orang. termasuklah aku. Dia sentiasa tersenyum. Manis. Jujur, sejuk mata memandang. 

Dia cukup rendah diri. Orangnya tidaklah setampan mana. Tapi, berbudi bahasa. Dia perasan, aku perhati dia. Cepat-cepat aku pandang tempat lain. jangan salah faham Ihsan. Aku pandang kau sebab aku rasa diri aku yang dilahirkan sejak azali lagi Islam tak macam kau. Kau baru je peluk Islam, tapi kau taat. 

Balik bilik, aku tanya balik pada diri aku. Kau Islam sejak lahir. Tapi kenapa kau tak macam dia? Dia baru nak faham Islam. Dia baru nak belajar agama. Ada benda yang dia tak faham. tapi kau, macam-macam yang kau dah tahu dalam agama ni. Tapi kenapa kadang-kadang kau ignore dosa pahala? Kau lupa ALLAH tu ada. Kau lupa ALLAH tu sentiasa melihat. Kenapa? Kenapa wahai hati, wahai diri,wahai jiwa? Kenapa?

Setitis. Dua titis. Tiga titis.
Menangis lagi.

Diam. Satu pun persoalan yang timbul, tak dijawab aku. Peluk tubuh, rapat ke dinding. Aku tanya lagi.

Kalau lah ALLAH ambil nyawa kau bila time kau buat dosa. Sempat ke kau nak taubat?
Kau nak jawab apa nanti?
Macam mana kalau amal yang kau ada langsung tak cukup nak tolong kau kat sana? Macam mana?
Kau nak buat apa? 

Menangis lagi. Diam lagi.

Kalau ALLAH kata, kau tak layak masuk syurga. Hanya neraka tempat kau. Macam mana?
Kalau ALLAH kata, Aku malu ada hamba seperti kau. Macam mana?
Kalau ALLAH kata....

Menangis lagi. Lagi kuat. Ya ALLAH.

Ya ALLAH.
Ya ALLAH.
Ya ALLAH.
Ya ALLAH.
Ya ALLAH.....

Macam mana?

Sungguh, aku tak dapat jawab. Risau. Takut. Semua ada. ALLAH Maha Hebat kan? Melalui Ihsan Dia sedarkan aku, semua orang sama. Yang membezakan iman dan taqwa seseorang itu.

Ihsan. Saudara baru yang sentiasa dahagakan ilmu. Ilmu agama.

Aku. Manusia yang selalu lupa. ALLAH itu ada. Jahilnya aku...

..........................

Aku on9. Macam biasa. Terperan orang duk sibuk share tentang Ahmad Ammar dalam kenangan. Ada yang post, menangis tengok video ni. Macam-macam. Aku tak tergerak pun nak tengok. Sampai la tadi, aku rasa, aku nak tengok. Dan, seperti yang dikatakan, memang. Memang menangis aku tengok video ni. 

Ahmad Ammar. 

Seusia dengan aku. Tapi, dia seorang yang sangat hebat. Tak caya? Baca ni.

Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar.
Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW ,Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. InsyaAllah.

Salam.
Warga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah, sahabat kita Saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.
Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang.
Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin.
Ahmad Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak. Dan paling menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu bapanya ke syurga.
Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.
Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.
Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.
Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai.
Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.
Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A.
Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.
Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım .
Perancangan ALLAH SWT.
Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.Salam.
Presiden ABIM.

HAJI AMIDI ABD MANAN.

Ini adalah perbualan terakhir arwah bersama kakaknya. Petanda yang arwah akan pergi untuk selama-lamanya.

Never thought this would be the last conversation with him..When he told me that he wanted to be one of the shuhada’ in Syria, I seriously thought that he was just simply saying it..Never crossed my mind that he was really meant it..now, with Allah’s will, you are one of the shuhada’ my dear Ammar..the shaheed who seek for knowledge n plan to share it with others..all of us are proud of u.. – Nabila Azam
Tengok lah video ni. Kau akan rasa macam mana aku rasa. 



No comments: