Saturday, 26 October 2013

Jangan Dilihat Titik Perbezaan

Assalamualaikum readers.

Alhamdulillah. Syukur. Bumi Pulau Pinang dihempas hujan rahmat. Sejuk. Nyaman. Angin lembut menyapa pipi. Aku duduk sendiri bertemankan sepi. Roommate sibuk dengan kerja. Bergelar penuntut universiti bukan mudah. Ada masa perlu berkorban banyak benda. Harta, masa, kadang-kadang hati dan perasaan.

Dah nak cuti midsem. Sekejapnya masa berlalu. ALLAH. Apa agaknya yang ada dalam kepala otak aku ni untuk exam nanti? Tawakal je yang mampu sekarang. Pergi kelas balik kelas. Bukak buku. Baca. Tapi tak tahu baca apa. Masuk ke? Entah. Tak tahu. Mintak-mintak masuk lah.

Teringat cuti raya hari tu.

Ayah pesan.

"Hang belajaq la rajin-rajin kak oi. Kita orang susah. Hang nak belajaq tinggi mana pun, jangan lupa mak ayah kat kampung. Jangan lupa asal usul."

"Jangan lupa mak ayah."

Ayat ini lah yang buat aku kuat berjauhan dengan mak ayah. Sebab sayang mak, sebab sayang ayah, aku belajar. Untuk mereka. Untuk balas jasa. Aku bukan manusia hebat. Aku biasa-biasa. Tapi aku cuba untuk jadi hebat, untuk jadi luar biasa jadi lebih baik untuk mereka. Dan aku sedang cuba berubah untuk menjadi lebih baik untuk mereka. Mak dan ayah.

Berubah.

Hidayah tu milik ALLAH. Ya, aku tahu, hidayah tu milik ALLAH. Tapi kita kena ingat, kalau kita tak cari hidayah tu, ALLAH takkan beri. Ingat tak ALLAH kata...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" -Ar-Ra'd:11 

Kalau kita tak cari hidayah ALLAH tu, kita takkan jumpa. 

Aku bukan ustazah. Aku bukan alim ulama. Aku sedar siapa aku. Aku manusia jahil yang masih lagi merangkak mencari ilmu. Mengenal Tuhanku-ALLAH. Kadang-kadang, hanyut juga diri ini. Tak lepas dari godaan, gelora nafsu yang membara. Tapi, itulah dugaan. Bila ALLAH sayang kita, ALLAH bagi kita macam-macam dugaan. Untuk apa? Untuk uji kita.

Jujur, kadang-kadang rasa nak tutup mulut orang-orang yang panggil aku "Ustazah"
Tiba-tiba rasa sebak. Entah, aku pun tak tahu kenapa. Aku diam. Aku senyum. Tak mampu nak kata apa. Aku takut. Aku tak sehebat itu.

Lagi sedih bila ada yang cakap, 

"Kau budak baik, aku jahat. Kau tak layak kawan dengan aku."

"Wey, kau pakai tudung ala-ala ustazah, aku ni rock-rock sikit, tak segan ke nak kawan dengan aku."

"Err... wey, kau tak kisah ke kawan dengan aku ni? Aku gedik, mengada. Kau ayu-ayu sopan. Perempuan melayu terakhir."

Cuba, untuk sekali. Jangan dilihat titik perbezaan. Tapi lihat titik persamaan. Arah kiblat yang sama.

Kau dan aku sama. Kita hamba. Aku hamba ALLAH. Kau pun hamba ALLAH. Tu kau kena faham. Sikit pun aku tak kisah macam mana pun diri kau. Sebab setiap yang ALLAH cipta tu ada kebaikan, ada kekurangannya sendiri. Aku pun sama. Kadang-kadang ada jugak cacat celanya. sebab aku bukan manusia yang sempurna. Huh, tak ada pun yang sempurna dalam hidup ni. Tapi, kita cuba untuk jadi sempurna. Jadi lebih baik. Tak salah pun. Tak rugi pun. Ramai orang suka. ALLAH pun suka.

Cuma...

Kita...

Kita yang selalu salah sangka. Fikir bukan-bukan. Belum cuba belum tahu. Dah cuba nanti baru tahu. Macam mana manisnya perubahan tu. Macam mana manisnya cinta ALLAH tu.

Hmm.

Gelap. Kelam. 
Itu masa silam.

Sudah. Lupakan.
Kau hidup untuk hari ini. 
Baiki diri. Mencari reda Ilahi.

Kalau pun kau mati, kau mati di jalan ini. Jalan yang kau pilih sendiri. Ingat budak. Kau bukan kanak-kanak.


Jangan dilihat titik perbezaan.



1 comment:

ct aman said...

sy singgah follow sini...jmpot singgh kmbali....tq=)

http://ctamanaqim.blogspot.com/