Tuesday 23 April 2013

Tiada Kegembiraan yang Paling Gembira Melainkan Kegembiraan Ibu dan Ayah~


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Kita diberi peluang untuk sekali lagi bernafas dan menghirup udara segar ciptaan ALLAH. Syukur tak terhingga. Say ALHAMDULILLAH k you alls! Hihi. Yelah, kadang-kadang kita dalam hidup ni sombong dengan ALLAH. Aku bukan nak cakap sape-sape. Aku sendiri. Lupa nikmat yang aku ada ni, ALLAH punya. Aku tak ada apa-apa pun kat dunia ni. Mak ayah, kawan-kawan, semua ni ALLAH punya. Selalu lupa nak ucap terima kasih pada ALLAH. Teringat pulak lagu kumpulan Rabbani tu, “Semua ALLAH punya~” Haishhh, Zalikha zalikha. Erm, taka pa. kita cuba baiki diri okey? Semalam jadikan tauladan untuk hari ini dan hari esok.

Orait, tajuk entry kali ni. Tiada yang penting melainkan Mak dan Ayah.

Baru-baru ni, Achik balik rumah.(abang yang last). Bawak kereta baru dia. Alza. Warna putih. Dia sampai lewat jugak lah time tu. Pukul 3 pagi rasenye. So, dah siang tu, aku keluar rumah. Nak tengok kereta baru achik. Ada lagi seat yang masih berbalut plastic. Mak pun belek-belek sekali. Jelas terpancar kat wajah mak, yang dia bahagia, dia bangga anak lelaki dia dah mampu beli kereta sendiri dengan titik peluh sendiri. Teringat mak cakap,

“Sebelum ni, mak nengok atas jalan je kereta macam ni. Selalu mak cakap, kalaulah anak aku bawak kereta macam ni, seronoknya. Hari ni, anak mak bawak balik kereta macam ni.”

Entah kenapa, air mata aku nyaris nak tumpah time tu. Dan sudah pasti, di ekor mata mak juga ada sedikit manik-manik mutiara yang mulai terbit sinarnya.

 Aku tanya mak, “mak, mak suka tak anak mak bawak kereta macam ni?”
Mak cakap, “suka sangat. Biar kereta tak mahal, tapi beli dengan usaha sendiri.”

Alhamdulillah. Kegembiraan mak dan ayah tu jelas ketara tergambar di wajah mereka berdua ketika dalam perjalanan ke Melaka. Achik balik time tu sebab nak amek kiteorang untuk gi kenduri rumah makcik aku kat Melaka.
Achik sekarang seorang jurutera di Johor. Aku juga berbangga dengan kejayaan dia. Segala penat lelah dia belajar selama ni terbayar. Dia dah ada kereta, ada kerja dan in shaa ALLAH bakal mendirikan rumah tangga dalam dua tahun lagi. Sementara tu, dia tengah tunggu panggilan untuk menjadi pensyarah. Aku teringat semua susah payah dia, dia tulis dalam blog. Agak terkejut jugak abang aku yang sorang ni ada blog. Paling tak tahan, ayat-ayat dalam blog dah macam karangan SPM. Perkataan semua bombastic gitu. Haha.
Dia, seorang abang yang selalu ingatkan aku macam-macam perkara dalam hidup ni. Bukan bermaksud, abang-abang aku yang lain tak ingatkan aku, tapi dia lah abang yang paling rapat dengan aku. Yela, ada je benda dia nak kenakan aku. Since kecik-kecik lagi. boleh ke dia cakap aku ni anak angkat mak ayah aku je? Dia cakap,” mak ayah taka da anak perempuan, jadi mak ayah mintak bela anak uncle jual aiskrim tu. Kau lah budak tu!” Cis!

Pernah sekali, aku rasa macam sesi muhasabah diri bila kena basuh dengan dia, teruk. Dia selalu ingatkan aku,

“Ika, kita orang susah. Kita bukan anak orang kaya. Sebab tu kau kena belajar rajin-rajin untuk senang kau akan datang jugak.bukan untuk orang lain. Sampai bila kau nak hidup susah? Kau tak kesian ke kat mak ngan ayah? Gi ladang. Cop buah. Penat-penat sebab nak cari duit untuk sara kau nak belajar. Kau belajar main-main. Mak ayah hantar gi sekolah suruh belajar, ni kau gi sekolah bercinta lah apa lah. Kalau mak ayah tau ni, sedih dorang. Duit yang mak ayah bagi tu, untuk sekolah, bukan untuk buat benda-benda mengarut tu semua. Tugas kau sekarang, tanggungjawab kau sekarang hanya belajar. Tak perlu fikir benda-benda lain. Belum masanya lagi. kau sibuk bercinta, lepas tu putus, apa yang kau dapat? Nothing. Buang masa je kan? So, kau fikir lah baik-baik. Kau dah besar. “

Jujur, aku memang agak sentap dengan setiap kata-kata dia. Ya, aku tahu dia tak ada niat nak lukakan hati aku, dia Cuma nak sedarkan adik perempuan dia yang seorang ni. Ni baru dia sorang, belum along, angah n uda joinventure sekali, perghhh, masak gulai aku dikerjakan.  Paling sedap bila kena, “kau gatal sangat ni kenapa???” haha. Seketul uda bagi. Uda and angah mak ayah cakap, dorang sekolah pandai tapi tak nak sambung belajar lepas SPM. Sebab tu lah dia nak adik-adik dia berjaya.

Pape pun, aku bersyukur sangat sebab ada abang-abang macam dorang. Walaupun kadang-kadang, makan dalam je dengan dorang, aku tahu dorang Cuma nak yang terbaik untuk aku and adik bongsu aku si gendut tu.  Dorang lah selalu ingatkan aku tentang mak ayah. Dalam dunia ni, tak ada yang lebih penting melainkan mak dan ayah. Harapan mak ayah. Impian mak ayah. Aku tefikir, time aku cakap, “mak, kakak kena gi konvo form 6.” Mak aku seronok sangat. Bila mak cakap, “mak bangga dengan kakak”

… Kalau aku cakap, “mak, kakak dapat masuk university…” Lagi lah seronok agaknya mak aku kan? Ya ALLAH. Tak sabar nak masuk universit. Nak belajar sungguh-sungguh. Nak buat mak ayah aku bangga dengan aku macam mana mak ayah bangga tengok kejayaan achik sekarang. Bila ingat balik, mak and ayah Nampak macam nak nangis bila gi konvo achik time dia master dulu. Bila achik peluk mak and ayah lepas dapat scroll tu. Aku sendiri, nak menangis. Dalam hati, “achik hebat!”



Ni la achik aku. Bajet jugak dia ni kadang-kadang. Haha, bro, jangan marah. Ngeee~



Mak dan ayah yang paling aku sayang dan paling aku cinta. ALLAHUAKBAR! Mereka, kurniaan ALLAH yang tidak ternilai.
Ya ALLAH, moga kau beri aku peluang untuk menjadi seorang anak yang berbakti kepada ibu dan ayah.
Ya ALLAH, moga Kau beri aku peluang sekali lagi mengukir senyuman di wajah mereka dengan kejayaanku..
Ya ALLAH, tiada kegembiraan yang paling gembira melainkan melihat kegembiraan ibu dan ayahku.

No comments: