Thursday 4 April 2013

Kejayaan itu Milik Semua Orang~

Assalamualaikum w.b.t... hyep! Pa habaq semua? lama tak speaking utara nasib baik lidah tak terbelit.. waa.. rindu pulak time kat kampun dulu... teringat kata-kata sorang budak kecik bila nampak aku berlari-lari ala-ala hindustan dalam bendang... "Mak, awat kak tu larghi-laghi macam tak penah tengok bendang. perghaknya mak oihhh.. kat pahang tak ada bendang ka?"

haha. lawak. tapi, ada aku kisah? I am the one yang sangat suka alam. sangat suka benda yang hijau. even sayur sawi and brokoli banyak-banyak kat pasaraya pun boleh buat aku senyum. pelik kan? haha. err... ape daaa cite pasal sawi pulak.

okey, berbalik kepada tajuk entri kali ni. Kejayaan milik semua orang.

kenapa pilih tajuk ni? sebenarnya, aku dalam proses untuk berubah supaya menjadi lebih positif dan open minded. kira, senang cakap, nak jadi lebih matang la... hihi...tak pa, usaha yang baik niatnya, In Shaa ALLAH, ALLAH tolong kan? Man jadda wa jadda~

Kejayaan adalah sesuatu yang diimpikan oleh semua orang. tak kira la umoq berapa, dah kawen ka belum, kaya ka miskin, tua ka muda, kejayaan is something that everyone dream off.. (betul ke phrasal verb nih?haha). Setiap apa yang kita lalui mesti kita nak berjaya. berjaya dalam hidup, berjaya menempuhi dugaan yg ALLAH bagi dan macam-macam lagi.

DAN!!! Dan tak semua kejayaan itu datang bergolek-golek macam guli kena balik tu atau jatuh gedebuk dari langit. sebab tu lah, ALLAH bagi kita akal fikiran untuk berfikir dan berusaha. macam aku sendiri, aku bukanlah seorang pelajar yang cemerlang zaman sekolah dulu, seriously, I'am lazy student among my friends... Homework selalu tak siap, dalam kelas selalu tidur..so, at the end, SPM dapat 5A je. hah, sedap jugak dengar 5A, tapi yang lain-lain tu, SUBHANALLAH. macam tak belajaq hangpa tau dak. kat rumah, jangan nak cakap lah. balik tuisyen malam, makan, solat, boom! tu lah kerja aku... hihi..

Lepas tu, aku sambung form 6. sebab aku tak diterima masuk sebarang IPTA even diploma, hehe... aku sebenarnya, tak buat rayuan pun UPU tu, sedangkan kawan-kawan aku, dapat UPU second intake ramai kot. agak sedih jugak la... sedih sebab geng-geng aku semua sambung matrik and dip uitm. aku teringat la one of my classmate, lelaki, dia cakap "tak nak aku masuk form 6, nanti bila time balik, jumpa kat bus stand, pakai baju sekolah... pastu kawan cakap, ehh, kau pakai baju sekolah lagi?? wooo... tak sanggup tak sanggup.." aku pun antara yang tak nak masuk form 6. tapi, tengok la, kuasa ALLAH kan, benda yang kita tak suka tu lah sebenarnya baik untuk kita. ingat tak surah Al-Baqarah ayat 216? haaa... ni dia! :



Jadi, setiap apa yang jadi dalam hidup kita ni semuanya perancangan ALLAH... Dia tahu yang terbaik untuk kita. yang penting, kita kena selalu berusaha memohon pertolongan ALLAH. jangan pernah rasa, kejayaan kita pada hari ini, adalah hasil usaha kita sahaja, kalau bukan kerana ALLAH, kita tak akan ada apa-apa. Alhamdulillah, aku dah habis form 6 dah pun. ALLAH tak pernah mengecewakan hamba-Nya. Dalam pada tak nak belajar waktu form 6 dulu, akhirnya dah habis dah pun. Pointer berapa? hihi... Rahsia... tapi, aku bersyukur sangat-sangat. ALLAH bagi aku kejayaan ni. aku pernah jatuh tersungkur waktu SPM dulu, tapi, kekecewaan aku tu tak selamanya, ALLAH bagi kejayaan waktu STPM ni. aku rasa nak menangis waktu aku chek result dulu, perkataan pertama, ALLAH! Terima kasih ya ALLAH...

Ingat lagi tak mamat ni?


Aku sangat respect dia. dia pernah cakap,

 "Jangan berbangga dengan kejayaan yang dimiliki kerana kejayaan yang sebenar adalah milik semua orang.."

ALLAHUAKBAR~ Percaya dan yakinlah, perancangan ALLAH adalah yang terbaik. hari ini kita jatuh, tak bermakna selamanya kita jatuh dan terus jatuh. yang penting, berusaha. ALLAH tu sentiasa bersama kita. Usaha tanpa henti, dan doa...In Shaa ALLAH, ALLAH akan permudahkan.



Jom, bangkit semula! Yakin dan percaya dengan perancagan ALLAH, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.! Siapa yang berusaha, pasti berjaya!


Semoga ALLAH bagi kita peluang untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain, ameen~

Salam sayang penuh cinta, Mmmuaah! <3


2 comments:

Nurul Fatihah Binti Mohd Sobri said...

senyum sorang-sorang baca entry kamu. salam ukhuwah zalikha. :)

Unknown said...

salam ukhwah juga! hihi.. terima kasih sudi follow... =)