Friday 5 April 2013

Guru Itu Pekerjaan Mulia~

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah... Selesai sudah majlis Menghargai Pegawai Tamat Perkhidmatan kat SMK Bandar Tun Razak...

Mula-mula sampai sekolah tadi, aku sempat usha-usha dewan sebab esok ada mesyuarat PIBG. so, hari ni, dorang kemas and hias-hias dewan. On the way aku nak sampai dewan tu, kena serbu dengan budak-budak  1P yang aku ajar dulu. masing-masing berebut nak peluk. Ya ALLAH, tersentuh! Mula lah aku nak berdrama air mata sekejap tadi. yela, aku ni memang sangat mudah tersentuh, sangat-sangat mudah. even tengok orang-orang berjaya dalam tv pun aku rasa nak nangis tengok kehebatan dorang. haha. pelik kan? Tapi, tu lah aku. Bak kata anak murid aku, "Teacher kalau menjerit, pehhh, garang! tapi, suka menangis..." hihi. dalam hati ada taman, memang la~

Ni la geng-geng 1P, serious enjoy ajar kelas dorang. Time ni, aku buat aktiviti luar bilik darjah. bahagi kepada 4 kumpulan, then pilih lagu lepas tu present. lagu tu mesti in English. hehe. Konon kaedah meminati BI la ni... hihi...




Waaa.. Rasa nak nangis tadi bila cikgu-cikgu cakap, "kami doakan kejayaan Ika... Jangan pernah putus asa." Seriously, segala pengorbanan, jasa-jasa guru-guru tak ternilai dengan kata-kata dan tak terterima kasih aku pada cikgu-cikgu. tanpa cikgu-cikgu, siapalah aku pada hari ini. ya, kejayaan aku tak lah sebesar mana pun, tapi, aku menjadi siapa aku pada hari ini, kerana adanya cikgu aku.. sebab tulah, orang cakap, cikgu bukan hanya mengajar tetapi juga mendidik. paling bermakna, cikgu yang mampu menarik balik anak muridnya yang jahil kembali mengenal Sang Pencipta. ALLAHUAKBAR... Besarnya jasa cikgu.

Cikgu Bad cakap, "Ika, kita sama. Tapi, tak mustahil awak kan jadi lebih hebat dar saya. kita pernah gagal dalam SPM, tapi ALLAH bagi kita peluang dalam STPM. Awak mampu terbang tinggi lagi. Percaya dengan diri awak. jangan pandang belakang lagi. terus mara ke depan.."

ALLAHUAKBAR... Kata-kata Cikgu Bad satu persatu aku key in dalam otak. setiap butir kata kita tu kadang-kadang memberi seribu makna pada orang lain kan. adakalanya menyakitkan dan adakalanya menggembirakan. Pengetua sempat pesan kat aku tadi,

"Dalam hidup, terasa tu perkara biasa. Kita kena pandai adapt dengan semua tu kalau kita nak gembira. jangan takut kalau kita tak buat salah dan jangan takut buat salah. sebab dari kesalahan tu lah kita belajar. setiap inci dalam kehidupan ini adalah pembelajaran... Sebenarnya, guru ni pekerjaan yang mulia. selagi mana ilmu kita yang kita berikan kepada anak-anak murid tu digunakannya sehingga akhir hayatnya, selagi itulah pahala kita berterusan. ditambah pula dengan emosi yang sentiasa terganggu melayan perangai bermacam-macam manusia. Ini lah yang akan diambil kira oleh ALLAH..."

Walaupun ada antara kita yang belajar dengan cara yang salah or dalam exam, cemerlang selalu sebab bawak hantu, tapi tu pun belajar jugak kan... haaa.. aku pun penah buat ni waktu sekolah dulu, tak ada bawak hantu dah, bawak tok guru terus dalam bilik exam..(buku teks) gila kan? haha! berani tak berani la aku dulu. hihi.


Banyak sangat pesanan cikgu-cikgu kat aku. sampai boleh buat buku tajuk "Himpunan Nasihat Guru-guru SMK Bandar Tun Razak.." Hihi. sayang sangat-sangat kat cikgu Bantura.

Ya ALLAH, pengalaman ini cukup indah sehingga tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata. setiap pengalaman dalam kehidupan aku, Kau selitkan sejuta pengajaran yang mengajar aku untuk lebih matang menghadapi hidup ini. Untuk menjadi hamba yang mengenal Tuhannya. menjadi manusia yang sentiasa memandangke depan. ALLAHUAKBAR!!! Takbirrr! Sungguh, semua yang terjadi dalam hidup ini sudah ALLAH tentukan hikmahnya.

"Jangan pedulikan apa orang nak kata, sebab orang memang selalu mengata. pedulikan pandangan orang. Sebab pandangan ALLAH tu lebih penting. Orang suka, tapi ALLAH tak suka, tak ada guna makna suka. biar orang tak suka kita, janji ALLAH suka kita..."

Salah sorang kawan aku mesej malam tadi..

"Walau rasa dah tak tahan sangat-sangat dah, jangan mengeluh tatkala diuji kerana ingatlah, semakin ALLAH S.W.T sayang kepada hambaNya, semakin kuat hambaNya itu diuji.."

"Bila tak tahan sangat. berdoalah; "Ya ALLAH, aku tidak meminta qada' ini dialihkan, tetapi lembutkanlah atas perkara ini, agar aku akan ters bersabar.."

Ya, kadang-kadang, perbuatan kita selalu disalah anggap kan? tak apa, itu tanda ALLAH uji, sentiasa tanam dalam diri, "ALLAH sayang aku, sebab tulah ALLAH uji aku macam ni... Chill.." =)

So, uolz, tengok gambar ni... =)



Semoga ALLAH permudahkan perjalanan hidup kita, Ameen~
Salam sayang penuh cinta, mmmuahhh! <3

2 comments:

Luqman Zakaria said...

cikgu bwk rotan ke tuh??hehe

Unknown said...

hehe... a'ar.. kena bawak rotan sbb budak2 nakal sangat...