Thursday, 23 May 2013

Membalas Kejahatan Dengan Kebaikan~


Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum w.b.t… hye! Lama dah aku tak meluahkan rasa kat blog terchentaa ni. Hihi. Disebabkan broadband aku kat rumah kejap ok kejap tak okey aku jadi geram. Ni pun, aku meronggeng kat cc dekat dengan umah aku. Dengan slumber badak je aku curi line kat cc ni. Ala, lepas guna bayar singget kot. Apa ada hal. Huhu. Zalikha zalikha. Kisah pulak aku kan~

Orait, entry kali ni sebenarnya, aku pun tak tahu tajuk yang sesuai. Kikiki. Jadi, aku petik la ayat al-quran ni,
“Tolaklah kejahatan yang ditujukan dengan cara yang baik, maka orang yang menaruh rasa permusuhan dengan serta merta menjadi  seolah-olah sahabat yang karib..”-Fussilat : 34

Hari makin hari kita sebenarnya menginjak ke alam dewasa. Ke fasa yang lebih tinggi dalam hidup ini. As the higher level education of life, the way we approach the life will change. Kita sepatutnya makin matang dan terbuka dalam menempuh kehidupan ini.

Jujur, dalam usia 20 tahun ini, aku belajar banyak benda. Suka dan duka dalam setiap episode hidup aku ini sebenarnya adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Mungkin dulu, pandangan aku terhadap sesuatu benda tu agak sempit, tak matang atau tak berkembang. Tapi, lepas satu dan satu peristiwa yang jadi dalam hidup aku, aku mula untuk berfikiran positif.

Kadang-kadang tak semua yang kita buat dalam hidup ni orang boleh terima. Kadang-kadang disalah ertikan, kemudian timbul perselisihan faham dan sebagainya. Kan? Aku percaya semua orang pernah mengalaminya. Tak apa, tu ialah part of learning. Orang yang berfikiran terbuka, dia akan terima and take it as positive thing dan sebaliknya.

 Hidup aku tak lah semuanya manis. Kadang-kadang ada juga yang melukakan.
 Paling sedih bila orang cakap bukan-bukan  tentang kita, melemparkan tuduhan-tuduhan tak berasas and kutuk kita terang-terangan kan? Allahuakbar… Cuba bayangkan, macam mana kalau kita ada kat tempat orang tu, orang cakap bukan-bukan tentang kita… Sedih tak? Kita mungkin tak sedar, kita sedap mengutuk orang, memalukan dia, tapi macam mana kalau kita yang dikutuk dan dimalukan? Kita sepatutnya bersyukur sebab ALLAH tak uji kita macam tu.  Untung kalau orang tu tak balas apa yang kita buat. Kalau dia balas and lebih teruk dari tu macam mana? Dan sepatutnya kita fikir, buat apa jatuhkan aib orang sedangkan aib kita, cukup ALLAH jaga. Kan?

Aku bukanlah nak cakap aku ni baik sangat ke apa. Tak. Cuma, meluahkan apa yang aku rasa. Aku pun masih belajar. Belajar untuk jadi orang yang lebih baik, positif dan berfikiran matang. Biarlah, apa pun orang nak cakap pasal kita, its ok. Let them be. Kita ada ALLAH kan? Kita ada Dia untuk luahkan segalanya. ALLAH tu Maha Adil. Sikit je ALLAH uji kita, kita dah nak melenting. Macam mana kalau ALLAH ambik terus apa yang kita ada hari ni sebab dosa-dosa kita? Mesti lagi kita tak dapat terima kan? Sebab tu lah, setiap apa yang berlaku ni ada hikmah. Cuma kita je yang buta untuk menilai balik apa hikmah tu.
Mula-mula memang kita sakit hati, kita geram and rasa nak maki sebijik-sebijik je. It was norm. biasa la tu. That’s why, kita ada istighfar. Istighfar banyak-banyak bila kita rasa macam tu.  Nak menangis? Menangislah. Luahkan segalanya. ALLAH Maha Mendengar. Satu hari nanti, kebenaran akan menang jugak kan? Lambat atau cepat, tu kerja ALLAH. Dia tahu yang terbaik untuk kita. Jangan risau okey.
Chill. 

Aku sendiri kadang-kadang lemah. Pergh, gila kuat menangis aku ni. Sakit sikit, nangis. Kena marah sikit, nangis. Kena lepuk dengan adik aku tu pun, belenang je air mate ni nanti mase je nak nangis. Hoho. Zalikha zalikha. Mak cakap, aku memang cengeng. Dari kecik lagi. Hoho. *malu

 Tapi, bagi aku, tu la yang terbaik dari membalas apa yang orang buat kat kita kan? Kita doakan yang terbaik untuk dia, moga ALLAH buka pintu hati dia untuk berubah dan berikan dia hidayah. Cool, no matter what, dia dengan kita sama. Hamba. Hamba ALLAH. Apa yang dia ada tu, ALLAH yang bagi. Apa yang kita ada pun ALLAH yang bagi. Kan?

“Tolaklah kejahatan yang ditujukan dengan cara yang baik, maka orang yang menaruh rasa permusuhan dengan serta merta menjadi  seolah-olah sahabat yang karib..”-Fushilat : 34

So, as the conclusion, biar apa orang nak kata tentang kita, janji bukan kita yang mengata orang. Think positive, always keep in mind setiap apa yang berlaku tu ada hikmah dan sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu. Yakin dengan perancangan-Nya. =)


Salam Sayang Penuh Cinta~



2 comments:

Muhammad Zul Fahmi said...

sebaik mana pun kita, mesti ada yang tak suka. seburuk-buruk mana pun kita, mesti ada yg masih sayang kat kita

Zalikha Zakaria said...

thanks fahmi... betul tu.. itulah yg cuba dipegang diri ini... rahsia ALLAH itu hebat kan? =)