Monday 1 April 2013

Aku Hanya Insan Biasa

Bismillah...
Hmm... Tajuk post kedua : Aku Hanya Insan Biasa... Orait,
Firstly, nak kenalkan diri dulu.. hye! Nama diberi ialah Siti Zalikha Bt Zakaria.. Lebih dikenali dengan Zalikha Zakaria... Nama manja, Ika. Nama mengada, Jaja... hehe... Im getting 20 this year... tak lama je lagi.. 4 julai nanti... kenapa buat blog? actually, aku suka sangat menulis, gila suka sangat! hehe.. cita-cita nak jadi penulis. kalau boleh, aku harap dengan penulisan aku, aku dapat membantu seseorang... tak kira lah mak mak bapak bapak or akak abang tok nek, pendek kata aku nak menyumbangkan sesutau pada masyarakat. bukankah manusia yang berguna tu adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain? aku  teringat kata-kata cikgu aku, Cikgu Norlaila... Dia cakap, "Ika, kita diberi peluang untuk hidup oleh ALLAH sebab kita masih berguna kepada orang lain."
         
        ALLAHUAKBAR.. Sememangnya time tu, prinsip hidup aku berubah 360 darjah. tak tau lah kenapa, Cikgu Laila ada aura tersendiri yang buatkan aku berfikir untuk mengubah cara pemikiran aku and everything negatives yang ada dalam hidup aku. She's really inspiring tau dak.. dia  seorang yang lemah lembut, bertudung labuh, pandangan matanya redup ja... Cantik, secantik peribadinya. Aku sangat kagum dengan dia. Dia cakap lagi, "Ika, dalam hidup ni, kita kena always delete benda negatif, delete perkataan MASALAH dan gantikan dengan UJIAN. Setiap hari sebelum tidur, muhasabah diri.. apa yang aku dah buat hari ni. Apa yang aku dapat dan apa yang aku dah bagi kat orang? Bergunakah aku pada orang sekeliling aku?" Dia sekali lagi buat aku terfikir untuk sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri.
     
       Orait, stop. sambung balik cerita aku. hehehe. Aku bukanlah baik mana pun, tapi aku cuba untuk jadi lebih baik dari masa ke semasa..(tak tau la betulke tak tatabahasa ni.. hihihi). Aku seorang gadis yang masih mencari identiti diri sebagai seorang hamba ALLAH di muka bumi ini. aku cuba untuk jadi seorang muslimah yang lebih baik. bukan pa, pada pendapat aku, personally, kita sebagai seorang islam kena sedar bahawa kita hidup di dunia ni sebagai seorang hamba. jadi, tugas seorang hamba adalah mentaati segala perintah 'tuan'nya... Jadi, berbalik pada konteks kita sebagai hamba. kita diciptakan untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi ni seterusnya memakmurkan bumi ni. kan? Sebagai bekalan untuk akhirat, right? so, tanggungjawab kita kat sini, cari sebanyak mungkin bekalan yang boleh kita bawa. kita mengakui adanya syurga, tapi kenapa kita xberusaha ke arah tu? ALLAHUAKBAR... Sama-sama kita bermuhasabah... Okey??? Aku juga insan biasa seperti kamu semua. tak pernah lari dari melakukan kesalahan...

      Buah cempedak diluar pagar,
      Ambil galah tolong jolokkan,
      Saya budak baru belajar,
      Kalau salah tolong tunjukkan...

    Hihihi... Okey, tu je untuk kali ni... With Luv, Mmmuaah!

No comments: