Thursday 4 April 2013

Adik Oh Adik, Sayang kamu, tahu???

Assalamualaikum w.b.t... Bismillah...
 hehe.. untuk hari ni, dah dua kali post... orait, tapi kali ni, post ni untuk adik-adik muda remaja..(aku muda jugak ok, hihi)...

Hmm. sebenarnya, jujur aku cakap, yang aku sedih tengok anak-anak muda sekarang. masih muda, tapi dah berani buat macam-macam. baru-baru ni, kes kat sekolah. kes pukul. pukul sebab ape? sebab ejaz awek orang. dey, yang budak lelaki form3, budak perempuannye form 1. si A kacau awek si B. si B bengang, belasah si A. Si B panggil geng-geng setle luar kes ni. alahai~ baru kenal dunia dah sibuk nak bercinta. okey, aku tak ada lah nak cakap semua yang bercinta tu salah or what. sebab aku pun penah bercinta. at the end, cinta tu tak kemana pun. Ya ALLAH... Rugi sangat rasanya masa muda disia-siakan begitu sahaja. keluar dengan pakwe makwe sana sini naik motor, (ngepong-istilah budak2 belah pahang). mula-mula pegang tangan, lepas tu ringan-ringan. tak ada dah rasa malu buat macam tu. jujur, aku rasa nak nangis bila aku nampak situasi macam tu depan mata. bukan apa, sebab aku fikir, Ya ALLAH, kalau dah kecik-kecik macam ni, besar nanti macam mana? apa lagi yang ada pada diri ni untuk suami? suami, lelaki yang halal. sebab semuanya dah bagi kat pakwe, lelaki yang dah tentu-tentu haram disentuh sebab bukan muhrim. ALLAHUAKBAR...


Ya, lelaki memang mudah menabur janji-janji manis. ayat nak sedap selalu.



"Saya suka awak, saya dah mula sayangkan awk, awak tak macam perempuan-perempuan yang saya kenal sebelum ni. saya nak awak jadi isteri saya, ibu kepada anak-anak saya dan pendamping saya, seumur hidup saya."

Lepas 5 bulan, si lelaki dah mula berubah hati. dah tak mesej and call macam selalu. dah tak ada senda gurau dalam hubungan. dingin je. padahal, si perempuan tak buat apa-apa salah pun. lepas tu. tak lama je, si lelaki hantar mesej...

"Awak rasa saya layak ke untuk awak? awak perempuan baik. awak tak layak untuk saya. saya tak mampu untuk bimbing awak. maafkan saya. Awak boleh cari lelaki yang lebih baik dari saya..."

si perempuan ditinggalkan macam tu je. tanpa sebarang penjelasan.

Tak sampai sebualn, disebabkan maklumat hanya hujung jari sekarang, si perempuan yang masih merindui si lelaki, stalk fb lelaki tu. si lelaki dah pun in relationship dengan perempuan lain. si perempuan stalk pulak fb awek baru lelaki tu. ada macam-macam gambar dengan si lelaki tu. paling tak sanggup dia tengok, capture skrin ayat-ayat cinta si lelaki yang dia sayang bagai nak gila. dan ternyata, mereka berkenalan time hubungan dia dan lelaki tu tengah dingin...siap bersweet-sweet lagi... hancur luluh hati ni tengok..

kat sini kita dah nampak, kalau lelaki tu betul-betul sayang perempuan tu and nak jadikan isteri, dia akan cuba sedaya upaya perbaiki diri untuk bimbing perempuan tu. kan? nih, UAI cakap...


                                            

10 punca hati kita jadi gelap dan keras:

1-Suka melihat kemaksiatan.
2-Suka melihat tahi/najis.
3-Suka bercakap kotor.
4-Suka berfikiran kotor/lucah
5-Tidak bersolat.
6-Tidak membaca al-Quran
7-Tidak bertahajjud.
8-Tidak berzikir.
9-Tidak berdoa kepada ALLAH SWT.
10-Hidup di atas dunia ni dengan sombong
dan angkuh.

-Ustaz Izhar Ariff


Giler sedih time tu. haa... dah terhantuk baru terngadah. lelaki yang kononnye nak jadi bakal suami tu, akhirnya dah ada "bakal isteri" lain. Dah dimadukan sebelum akad lagi.

aku percaya ramai antara kita mengalami situasi macam ni. termasuklah aku suatu ketika dulu. buat adik-adik yang masih muda, jangan bazirkan usia muda mu dengan benda-benda yang melalaikan ni. susah nak belajar, sayang.. bila hati terlalu asyik dengan kemaksiatan... why akak cakap ni kemaksiatan? sebab bermula dengan bercinta ni lah, berlakunya zina. sedangkan menghampiri zina pun ALLAH dah kata HARAM, inikan pulak berzina. penah dengar hadis ni?

"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina & zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina & zinanya ialah ciuman."
(Imam Muslim & Imam Abu Dawud)


kembalilah ke jalan yang benar... kita lupakan yang lepas.. kita mulakan hidup baru dengan azam yang baru, dengan semangat yang baru. jangan dikenang barang yang lepas. ingat sayang, "Bila ALLAH pisahkan kita dengan cinta manusia, ALLAH mahu kita fokus pada cinta DIA"








Girls out there, better watchout! hargai dirimu kerana DIRIMU BEGITU BERHARGA~
Akak cerita, beradasarkan pengalaman... kerana akak tak nak adik-adik yang masih muda kecewa di tengah jalan... okey? luv u all, a lot!

*Salam sayang penuh cinta, mmuahh!

6 comments:

Unknown said...

nice entry :D
done follow here ..
http://fadzlun.blogspot.com/

Unknown said...

Thanks... =)

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Kita belajar dari pengalaman dan kesilapan masa lalu. Moga masa depan, kita lebih bijak mengaturnya. :)

Unknown said...

err.. jap2.. ni kak farah ke???? waaa.. rindu dr farah sgt! hihi...

Cahaya Yang Riang Gembira said...

@Ika

Haah laa akak. Lupa dah ke? Hihi. Akak sibuk sikit sekarang, kerja macam org gila. Haha. Dah berblog dah ya ika. Macam abang dia. Keep on blogging. :)

Unknown said...

hehe.. thanks akak.. saje nak test bakat.. doctor dah.. wahhh..seronoknyee.. ika ni memg excited tau kalau org yg ika kenal bjaye.. hihi