Tuesday, 23 April 2013

Tiada Kegembiraan yang Paling Gembira Melainkan Kegembiraan Ibu dan Ayah~


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Kita diberi peluang untuk sekali lagi bernafas dan menghirup udara segar ciptaan ALLAH. Syukur tak terhingga. Say ALHAMDULILLAH k you alls! Hihi. Yelah, kadang-kadang kita dalam hidup ni sombong dengan ALLAH. Aku bukan nak cakap sape-sape. Aku sendiri. Lupa nikmat yang aku ada ni, ALLAH punya. Aku tak ada apa-apa pun kat dunia ni. Mak ayah, kawan-kawan, semua ni ALLAH punya. Selalu lupa nak ucap terima kasih pada ALLAH. Teringat pulak lagu kumpulan Rabbani tu, “Semua ALLAH punya~” Haishhh, Zalikha zalikha. Erm, taka pa. kita cuba baiki diri okey? Semalam jadikan tauladan untuk hari ini dan hari esok.

Orait, tajuk entry kali ni. Tiada yang penting melainkan Mak dan Ayah.

Baru-baru ni, Achik balik rumah.(abang yang last). Bawak kereta baru dia. Alza. Warna putih. Dia sampai lewat jugak lah time tu. Pukul 3 pagi rasenye. So, dah siang tu, aku keluar rumah. Nak tengok kereta baru achik. Ada lagi seat yang masih berbalut plastic. Mak pun belek-belek sekali. Jelas terpancar kat wajah mak, yang dia bahagia, dia bangga anak lelaki dia dah mampu beli kereta sendiri dengan titik peluh sendiri. Teringat mak cakap,

“Sebelum ni, mak nengok atas jalan je kereta macam ni. Selalu mak cakap, kalaulah anak aku bawak kereta macam ni, seronoknya. Hari ni, anak mak bawak balik kereta macam ni.”

Entah kenapa, air mata aku nyaris nak tumpah time tu. Dan sudah pasti, di ekor mata mak juga ada sedikit manik-manik mutiara yang mulai terbit sinarnya.

 Aku tanya mak, “mak, mak suka tak anak mak bawak kereta macam ni?”
Mak cakap, “suka sangat. Biar kereta tak mahal, tapi beli dengan usaha sendiri.”

Alhamdulillah. Kegembiraan mak dan ayah tu jelas ketara tergambar di wajah mereka berdua ketika dalam perjalanan ke Melaka. Achik balik time tu sebab nak amek kiteorang untuk gi kenduri rumah makcik aku kat Melaka.
Achik sekarang seorang jurutera di Johor. Aku juga berbangga dengan kejayaan dia. Segala penat lelah dia belajar selama ni terbayar. Dia dah ada kereta, ada kerja dan in shaa ALLAH bakal mendirikan rumah tangga dalam dua tahun lagi. Sementara tu, dia tengah tunggu panggilan untuk menjadi pensyarah. Aku teringat semua susah payah dia, dia tulis dalam blog. Agak terkejut jugak abang aku yang sorang ni ada blog. Paling tak tahan, ayat-ayat dalam blog dah macam karangan SPM. Perkataan semua bombastic gitu. Haha.
Dia, seorang abang yang selalu ingatkan aku macam-macam perkara dalam hidup ni. Bukan bermaksud, abang-abang aku yang lain tak ingatkan aku, tapi dia lah abang yang paling rapat dengan aku. Yela, ada je benda dia nak kenakan aku. Since kecik-kecik lagi. boleh ke dia cakap aku ni anak angkat mak ayah aku je? Dia cakap,” mak ayah taka da anak perempuan, jadi mak ayah mintak bela anak uncle jual aiskrim tu. Kau lah budak tu!” Cis!

Pernah sekali, aku rasa macam sesi muhasabah diri bila kena basuh dengan dia, teruk. Dia selalu ingatkan aku,

“Ika, kita orang susah. Kita bukan anak orang kaya. Sebab tu kau kena belajar rajin-rajin untuk senang kau akan datang jugak.bukan untuk orang lain. Sampai bila kau nak hidup susah? Kau tak kesian ke kat mak ngan ayah? Gi ladang. Cop buah. Penat-penat sebab nak cari duit untuk sara kau nak belajar. Kau belajar main-main. Mak ayah hantar gi sekolah suruh belajar, ni kau gi sekolah bercinta lah apa lah. Kalau mak ayah tau ni, sedih dorang. Duit yang mak ayah bagi tu, untuk sekolah, bukan untuk buat benda-benda mengarut tu semua. Tugas kau sekarang, tanggungjawab kau sekarang hanya belajar. Tak perlu fikir benda-benda lain. Belum masanya lagi. kau sibuk bercinta, lepas tu putus, apa yang kau dapat? Nothing. Buang masa je kan? So, kau fikir lah baik-baik. Kau dah besar. “

Jujur, aku memang agak sentap dengan setiap kata-kata dia. Ya, aku tahu dia tak ada niat nak lukakan hati aku, dia Cuma nak sedarkan adik perempuan dia yang seorang ni. Ni baru dia sorang, belum along, angah n uda joinventure sekali, perghhh, masak gulai aku dikerjakan.  Paling sedap bila kena, “kau gatal sangat ni kenapa???” haha. Seketul uda bagi. Uda and angah mak ayah cakap, dorang sekolah pandai tapi tak nak sambung belajar lepas SPM. Sebab tu lah dia nak adik-adik dia berjaya.

Pape pun, aku bersyukur sangat sebab ada abang-abang macam dorang. Walaupun kadang-kadang, makan dalam je dengan dorang, aku tahu dorang Cuma nak yang terbaik untuk aku and adik bongsu aku si gendut tu.  Dorang lah selalu ingatkan aku tentang mak ayah. Dalam dunia ni, tak ada yang lebih penting melainkan mak dan ayah. Harapan mak ayah. Impian mak ayah. Aku tefikir, time aku cakap, “mak, kakak kena gi konvo form 6.” Mak aku seronok sangat. Bila mak cakap, “mak bangga dengan kakak”

… Kalau aku cakap, “mak, kakak dapat masuk university…” Lagi lah seronok agaknya mak aku kan? Ya ALLAH. Tak sabar nak masuk universit. Nak belajar sungguh-sungguh. Nak buat mak ayah aku bangga dengan aku macam mana mak ayah bangga tengok kejayaan achik sekarang. Bila ingat balik, mak and ayah Nampak macam nak nangis bila gi konvo achik time dia master dulu. Bila achik peluk mak and ayah lepas dapat scroll tu. Aku sendiri, nak menangis. Dalam hati, “achik hebat!”



Ni la achik aku. Bajet jugak dia ni kadang-kadang. Haha, bro, jangan marah. Ngeee~



Mak dan ayah yang paling aku sayang dan paling aku cinta. ALLAHUAKBAR! Mereka, kurniaan ALLAH yang tidak ternilai.
Ya ALLAH, moga kau beri aku peluang untuk menjadi seorang anak yang berbakti kepada ibu dan ayah.
Ya ALLAH, moga Kau beri aku peluang sekali lagi mengukir senyuman di wajah mereka dengan kejayaanku..
Ya ALLAH, tiada kegembiraan yang paling gembira melainkan melihat kegembiraan ibu dan ayahku.

Tuesday, 16 April 2013

Sama-sama Refleksi Diri~




Bismillah…

Assalamualaikum! Hihi… lama tak post something kat blog terchentaaa ni… bukan ape, sibuk menulis di ruangan lain. Yela, kate nak jadi penulis kan, macam-macam la menulisnye… kat buku, kat dalam lappy, kat hmm.. merata-ratalah jugak aku menulis.. pendek kata, asal ada tempat untuk aku menulis, hah, siap lah. Perabeh aku tulis. Sampai mak pun cakap, tak lama jadi surat khabor la buku-buku ni. Hihi. Sayang mak!
Okey okey tak nak sembang lebat dah. Basah kepale korang nanti..

Hmm. Baru-baru ni aku keluar dengan mek fatin, bff aku tu… hihi… ronda-ronda Bandar Segamat yang tak berapa nak bandar sangat tu. Teman dia cari baju merah untuk dinner. Haha.. kesian kat dia sebab semua baju yang dia berkenan, tak ada saiz. Last-last, pulang dengan tangan kosong. Hmm. Tau tak? Aku belajar something dari dia hari tu. Waktu aku pilih-pilihkan dia baju tu, dia cakap macam ni…

“Kalau boleh, aku tak nak jadi perhatian orang. Aku tak nak over sangat…”

Aku terfikir betul jugak apa yang Fatin cakap tu kan. Perempuan tak elok terlalu jadi tontonan umum. Sampai rumah, aku fikir balik ayat-ayat dia tu. Alhamdulillah, aku ada kawan macam ni. Aku respect dengan dia. Even dia belajar kat UM. Tengah-tengah bandar, dia tak pernah lupa asal-usul, agama dia. Yup maybe setengah orang tak suka kawan dengan dia sangat sebab dia kasar or sometimes, her acting just like superwomen. Ada yang cakap dia kerek la tu la kan. Tapi jauh di sudut hati aku, dia seorang yang sangat baik.

Kalau kita tengok sekarang ramai wanita suka berfesyen. Macam-macam style ada. Kalah artis you! Hmm… tapi tu la kan. Fesyen-fesyen jugak… tapi, jangan lupa syariat. Siapa kata perempuan muslimah tak boleh berfesyen? Boleh je. Tak caya tengok Heliza Helmi, Diana Amir, Dena Bahrin, ala ramai lagi la. Dorang berfesyen jugak kan, cantik je. Tapi masih menutup aurat. Ok, bak kata one of the Ustaz yang aku dengar ceramah baru-baru ni, 

“Hang lilit lah kepala hang tu sampai jadi hantu bungkuih pun, janji hang tak langgaq hukum ALLAH. Biaq pi tak seksi pun janji tak seksa kat neraka nanti.”

Hihi. Nak tergelak pun ada, tapi tu la. Betul la dia cakap tu. Tak salah nak berfesyen kan. Islam itu mudah dah memudahkan. Don’t make it complicated. Jom, sama-sama kita refleksi diri. Ingat tak firman ALLAH yang ni?



Sama-sama kita renungkan okey…


Aku penggemar shawl and pashmina. Serious! Aku boleh jadi gila bila tengok lambakkan tudung-tudung, shawl warna-warni. Baru baru ni pun aku order tudung bawal 10 helai. Warna-warna dalam warna pensil LUNA tu. Haha. Aku ingatkan nak bergurau je, sekali sampai, ha kau!  Memang warna-warna dalam warna pensil LUNA. Gila sekejap aku. Hihi. Dengan tudung bawal pun boleh buat macam-macam gaya tau. Even, tudung bawal bidang 45 pun boleh digayakan style shawl yang labuh. Haaa.. nak belajar? Hihi. Boleh-boleh. Nanti ada masa aku buat tutorial k. hehe. Konon hot gitu. Lalalala~
Hehe. Ok la, takat ni je dulu sy berceloteh ok2.. lain-lain masa kita sembang lebat lagi.. hihi..






p/s : Untuk gadis di luar sana, jom sama-sama baiki diri, hiasi peribadi tingkatkan prestasi! Hehe. Tak salah berfesyen asalkan mengikut syariat. Pesanan buat diri ini juga~

Salam sayang penuh cinta, mmuaah! <3