Thursday, 6 June 2013

Alia Qistina~

Assalamualaikum w.b.t.. hyep uols! cewahhh.. hihi. new look dah kite ye.. adeh deh dehhh... tengok blog orang cantik, aku pun nak jugak... hoho. tapi, ni still lagi dalam proses pembikinan ni. dop puah hati lagi nih. Ape pun, a big thanks to LQ sebab banyak ajar aku buat ni semua. kesian pulak kat dia dalam tak sihat nak edit blog aku. last-last, aku buat sendiri je. boleh je bukan tak boleh. zalikha budak pemalas kan. biasa lah, ada je alasan. cuba duduk dindiam and buat sendiri. kan boleh je tu. okey stop stop. membebel pulak makcik nih.

Entry kali ni, "Alia Qistina..."

Alhamdulillah, dah empat hari dah duduk rumah along kat Sungai Buloh ni. Ikut plannye, bulan puasa nanti baru aku balik rumah. buat sementara ni, tinggal sini dulu. buat teman Alia. Anak buah sulung aku. ni baru balik dari klinik. Amek ubat dia. hari ni nasib baik kak long amek mc sebab nak jaga Alia dan aku pun ehem ehem. kenalah bangun lebih awal dari biasa bila duduk rumah orang ni kan.. haha.. kantoi di situ.

Alia Qistina.


Seorang kana-kanak yang sangat bijak dan matang dari usianya yang sebenar. dia baru je darjah 1. tapi, bagi aku, dia cukup matang. Aku teringat time aku cuti tunggu result SPM dulu, aku lepak umah along. dan waktu tu, Alia baru empat tahun. time maghrib tu, dia menangis gila-gila. aku tanya dia kenapa nangis. rupa-rupanya dia nangis sebab walid dan ummi dia solat jemaah tak tunggu dia. tak tau kenapa, aku tersentuh gila time tu. bila aku keluar jalan-jalan dengan dia, dia cakap, 

"Mak Andak cantik pakai tudung. dah besar nanti, Alia nak pakai tudung jugak. macam mak andak. ummi cakap, kalau tak pakai tudung berdosa kan mak andak? sebab rambut tu aurat kan mak andak?"

ALLAHUAKBAR... Serius dua riuius tiga empat lima rius aku cakap, dalam usia dia waktu tu, aku rasa cukup tersentuh dan terfikir, kalau dia boleh fikir macam tu, kenapa orang yang lebih dewasa tak boleh fikir. dan aku sangat respect dengan along aku ni, dia berjaya didik anak dia setakat ni. bulan puasa tahun lepas, percaya atau tak, dia puasa 26 hari. 

haha, paling best bila dia mula tanya soalan cepu cemas. Bila Alia nak ada Pak Andak... Along aku mulalah buat muka nak tahu. hihi.

Aku belajar untuk jadi lebih matang bila dengan Alia ni. semalam dia tanya aku, 

"Mak Andak, taubat tu apa? Waras tu macam mana?"

Dan aku pun terangkan lah satu satu sampai dia angguk faham. dan tadi, kat klinik dia tanya lagi. jadi cikgu bm dah aku. macam-macam perbendaharaan kata dia dapat. nak mengajar tak semestinya jadi cikgu kan? sayang sangat kat Alia ni. bila time solat, dia akan ingatkan aku. paling syok bila keluar ayat-ayat macam ni kat walid dia..

"Walid ni tak reti-reti nak solat ke?"

Haha. Alia Alia. Aku ada kat sini, dia rajin ikut aku solat.  cuma bila dia demam ni, dia banyak habiskan masa dengan ummi dia. dan kak long, aku nampak dia ajar aku tentang tanggungjawab dengan ambil cuti untuk jaga anak.sebab along ada kelas hari ni. dia sambung belajar lagi. even dalam keadaan tak sihat tu, Alia tak tinggal baca doa makan, baca doa tidur. see. macam mana pentingnya peranan seorang ibu dan bapa untuk mendidik anak-anak. baik didikannya, baik la hasilnya. macam hadis nabi ni...


dia selalu cakap kat umi dan walid dua yang dia sayang sangat kat dorang. paling buat aku terharu, bila dia buat kad hari ibu untuk umi dia. so sweet. tiba-tiba rasa nak ada anak sendiri pulak. kuan kuang kuang. zalikha kuat berangan! haha.

tapi tu la. aku takkan sia-siakan masa aku kat rumah along ni dengan melepak sesuka hati tengok tv dan online je. aku akan belajar sesuatu dari setiap apa yang aku lalui. setiap inci kehidupan tu kan ilmu. moga ALLAH berkati anak kecil ini menjadi anak yang solehah bila besar nanti. ameen~


Salam Sayang Penuh Cinta~




Monday, 3 June 2013

Dunia Hari Ini...


Bismillahirrahmanirrahim…
Ehem2!... yeeehaaaaa! Again. Aku datang. Merepek-repek dan menggila di blog ini. Hoho. Cuti sekolah ni kan, sibuk sikit. Haha. Bukan sibuk buat apa. Sibuk kenduri kawen. Tu dia mak hang. Macam aku jadi mak cik rewang ja. Haha. Padahal, kenduri umah sebelah aku pun, aku gi bahan tebongkang tidoq tak ingat dunia. Orang sibuk-sibuk tolong apa yang patut, aku dok sengap dalam umah. Haha. Zalikha zalikha. Asal boleh je. Tapi, aku ada la jugak tolong okey. Aku tolong buat pelamin Kak Ecah. And bilik pengantin. Haha. Tolongkah? Tolong tengok ja. Weee…

Hmm. Kawen kawen kawen. Dalam tak sedar, ramai jugak budak batch aku time sekolah dulu sudah mengikat tali pertunangan. Waaa. Untungla… ada tu nak kawen hujung tahun ni da. 20 tahun. Kawen dah. Macam Dena Bahrin tu kan. So sweet. Hihi. Zalikha kalau berangan nombor 1!
Teringat pulak time aku gi kenduri kawen Cikgu Din dulu, (warden aspura). Tak sangka pulak aku ni rupanya sedara dengan Cikgu Din tu. Dan dan, time kenduri tu, aku jumpa ayah aku. Haha. Kelakar. Ayah aku pun pa lagi… mula lah sesi jejak kasih. Siap kenalkan aku dengan sedara-mara lagi. Haaa…. Ni nak ceta ni! Ada sorang pakcik ni siap propos aku depan-depan ayah kot untuk anak sedara dia. Haish, boleh tahan la anak sedara dia tu. Handsome! Tak silap aku cikgu jugak. And ayah aku pun cakap la….

“Anak kami ni nak belajaq lagi. Muda lagi. Hinguih pun dok meleleh lagi…”

Haha. Ayat ayah aku tak boleh belah. Haha. Tak pa la ayah oih. Cek pon tak mau menikah lagi.
Gila nak kawen sekarang? Achik aku pun dok gila meroyan nak kawen tapi duit tak cukup tu. Kang kalau aku kawen, ada menangis tepuk-tepuk lantai pulak kang. Susah aku. Haha.

Seriously, aku plan nak kawen lewat 20-an. Nak habiskan degree then terus buat master oversea kalau ada rezeki. Then, jadi lecturer and nak bukak bisnes. Ha? Apa? Aku tunggu kekasih lama? Memang tak la. Jujur, aku tak ada apa-apa perasaan pun kat mana-mana lelaki. Dendam kah? Oh, tidak sama sekali. Mungkin, ada yang cakap, patah hati la tu kan. Konon, kecewa sangat. Haha. Tak ada maknanya. Lepas aku break dengan ex aku dulu, aku tak ada nak fikir tunggu dia ke, sayang dia lagi ke. Even, aku doa, kalau bukan jodoh aku dengan dia, janganlah ALLAH temukan kami walaupun hanya dalam mimpi. Moga dia bahagia dengan cinta baru dia. Aku tak ada langsung nak kata awek dia rampas dia dari aku ke apa ke, tak pernah terfikir sampai tahap tu pun. Apa, ingat drama tv slot akasia or samarinda ke nak tuduh-tuduh orang rampas pakwe aku la tu la. Euh, memang bukan aku la nak cop cop orang macam tu. Aku dan dia break, sebab jodoh kami tak panjang, that’s it. Aku tak pernah sekali pun meletakkan kesalahan pada sape-sape. Tapi, tak tau la kot depa yang dok pikiaq lagu tu kan.  Ya dak? *Krik krik krik… Tak pa aih. Cakap la nak cakap apa pun. Asalkan ALLAH tahu apa yang betul. Kan?

Orait, nak share something… pasal kawan aku… hope kau sabra epa…! Kena kuat baru hebat! 

Baru ni epa call aku. Dok ceta pasal ada pihak yang tak bertanggungjawab mentioned nama penuh dia di facebook and cakap dia macam tu la macam ni la. ALLAHUAKBAR… sian kat dia. Hat ni la paling aku tak boleh belah actually. Bukan apa, wey, angpa nk update status maki-maki orang ka pa ka, toksah la nak mentioned nama penuh orang tu kat acc angpa. Jatuhkan aib dia kot. Angpa nak maki orang pun agak-agak la. Kat public macam tu. Ustaz Don kata, siapa yang meluahkan perasaan di facebook or twiter dengan menjatuhkan aib orang lain, hukumnya haram okey! Tu dia mak hang. Tak sedaq lagi ka? Enough for being childish ok. Angpa bukan hanya memburukkan orang lain, plus lengkap dengan package turut memburukkan diri angpa sendiri. Hishhh.cuba pikiaq betoi2 dalam2.. gunakan perabih akal dan hati angpa muhasabah diri sendiri. Apa, baguih sangat ka aku ni dok judge orang macam tu macam ni. Apa hebat sangat ka aku ni dok maki-maki orang bagai. Kalaulah apa yang kita buat ni ALLAH bayaq cash ja time tu jugak. Camana? Tak takut ka? Wah! Hebatnya angpa kalau angpa xtakut… Hishhh. Sudah-sudah lah nak kata buruk pasai orang. Bukan pa, takut mati esok lusa, tak sempat nak bertaubat, susah pulak.  Kita patut refleksi balik diri kita ni setiap masa sebenaqnya. ALLAH masih bagi kita peluang untuk hidup sampai hari kerana kita masih berguna pada orang lain. kita masih ada peluang untuk berbuat baik. Then, back to the root. Fitrah kita sebagai manusia. Pada ALLAH. Kita hidup ni pun atas belas ALLAH wey.

Ya.. aku pun bukanlah baik sangat pun kan… tapi, cuba untuk jadi lebih baik...  ni nak bagitau UAI kata pa...


 Subhanallah. Sama-sama refleksi diri okey.. aku pun manusia biasa.. tak penah lari dari kesilapan. 
Ni satu lagi,

"Sesiapa yang memperlihatkan keburukkan saudaranya, nescaya ALLAH akan tuangkan ke dalam telinganya timah yang mendidih dari api neraka..." HR Bukhari

p/s : sorry wey kalau post ni agak kasaq sikit. hati tengah mendidih tahap giga ni. hihihi.